Berdepan Mereka Yang Tentang UMNO Dengan Fakta – Annuar Musa

Posted on

kll-2

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Kita akan berdepan dengan mereka yang menentang UMNO atas dasar fakta dan kebenaran.

“Jentera UMNO tidak akan menggunakan cara-cara yang tidak begitu lunak kepada amalan budaya dan agama,” ujar Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan tindakan bekas anggota Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mempersoal beberapa keputusan kerajaan terutama mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Parlimen.

“Dia (Muhyiddin) bagi fakta yang salah kononnya nilai ringgit jatuh kerana 1MDB… saya tanya zaman Mahathir dulu jatuh lagi teruk.. kena jawab… kena tanya tidakkah dia tahu nilai pertukaran wang asing itu sangat bergantung kepada nilai faedah kerajaan Amerika.

“Dia tidak mahu beritahu rakyat perkara sebenar. Dia nak ambil kesempatan. Oleh kerana dia buat kerana politik maka saya pilih untuk berhadapan dengan dia secara politik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis jelajah penerangan pimpinan bersama akar umbi UMNO Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Selain itu mengulas hasil program turun padang setakat ini Annuar berkata, beliau mendapati gerakan-gerakan kempen kebencian semakin meningkat dan ia disar-sarkan kepada perdana menteri untuk melemahkan UMNO dan kerajaan sedia ada.

Oleh yang demikian beliau mahu melihat jentera parti mempertingkatkan usaha bagi bagi membenteras kempen kebencian ini.
– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s