Penduduk Dakwa Bau Busuk Ketika Lalui Jalan Tempat Empat Mayat Ditemui

Posted on

71477875887_mayatbachok

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan dua daripada empat mayat yang ditemui di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam petang Ahad, adalah warga Myanmar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata, pihaknya percaya kejadian pembunuhan tersebut mempunyai kaitan dengan konflik agama di Myanmar.

“Kita percaya kes ini bukan kes culik, its not kidnaping for ransom sebagaimana di Filipina, tetapi dipercayai mungkin bermula dari pengaduhan agama di Rohingya, Myanmar, dibawa ke sini, jadi pembunuhan itu berlaku. Mungkin kerana pembunuhan dendam agama, pembalahan agama, penkelahian agama,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, pengecaman mayat tersebut dilakukan oleh rakan mangsa berdasarkan kesan tatu di badan mangsa, manakala dua lagi mayat masih lagi dalam pemeriksaan forensik.

Ab Rahman berkata, siasatan awal polis mensyaki penemuan empat mayat tersebut mempunyai kaitan dengan kes culik melibatkan empat warga Myanmar di kawasan pembinaan Tunjung yang berlaku pada 25 Oktober lalu.

“Dipercayai (mangsa) empat lelaki dan warganegara mereka kita percayai Myanmar. Kes ini ada kaitan dengan kes culik yang telah dilaporkan berlaku di Kota Bharu, oleh penyelia dia (mangsa), yang mengatakan empat pekerja Myanmar telah diculik oleh sembilan lelaki bertopeng, disyaki warganegara Indonesia. Siasatan awal kita percaya, dua dari yang diculik dan telah dikenalpasti sebagai mangsa pembunuhan. Disahkan setelah dicam oleh rakan dia berdasarkan tatu,” katanya lagi.

Polis Kelantan kata Ab Rahman telah meminta bantuan dari pihak polis Bukit Aman bagi membantu siasatan kes ini kerana ia melibatkan keselamatan pekerja Myanmar yang berada di negara ini.

Ab Rahman berkata demkian dalam sidang media selepas mengumumkan kejayaan polis Kelantan menumpaskan ‘geng minyak’ yang disyaki terlibat dalam lapan kes samun, tiga daripadanya melibatkan stesen minyak di ibu pejabat kontijen polis IPK Kelantan siang tadi.
— Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s