Rafizi Diperintah Bayar RM200,000 Kepada NFCorp

rafizi-nfcorp

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail dan syarikat terbabit.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan memutuskan demikian selepas mendapati Rafizi telah memfitnah suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rn Sri Shahrizat Abdul Jalil itu.

Pada 3 Jun 2013, Mohamad Salleh memfailkan saman terhadap Rafizi yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City sekitar Mac 2012 dan berita itu disiarkan dalam portal berita, Malaysiakini pada hari sama.
— KLXpress

One thought on “Rafizi Diperintah Bayar RM200,000 Kepada NFCorp”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.