RUU 355,! PAS Masih Optimis, Akan Dibentang Pada Sidang Dewan Rakyat

Posted on Updated on

takiyuddin_pas_kota_baru

KUALA LUMPUR: PAS masih optimis dan menaruh harapan bahawa Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dikemukakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menegaskan, usul berkenaan perlu dibentangkan kerana ia sudah tersenarai dalam kertas perintah dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Saya masih optimis, masih menaruh harapan, itu perkara biasa, kita tunggulah. Terpulang kepada mereka (kerajaan) tetapi kami masih berharap agar usul itu dibentangkan pada sidang kali ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen, di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, PAS masih mampu bertoleransi jika usul mengenai RUU Akta 355 yang dibawa Abdul Hadi itu ditunda ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Ditanya mengenai pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman bahawa usul berkenaan mungkin tidak dapat dibentangkan pada sesi kali ini, katanya. “Beliau memberikan pendapat beliau. Itu bukan keputusan parlimen.”

Sehingga kini, ramai tertanya-tanya sama ada RUU355 akan dibahaskan atau tidak pada sidang Dewan Rakyat kali ini yang akan berakhir 24 November depan.
— Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s