[Video] BERSIH, Mahathir Dan Soros….

Posted on

soros_bersih

GERAKAN Baju Kuning, BERSIH 5.0 wajar ditentang habis-habisan, bukan sahaja oleh Himpunan Baju Merah tetapi seluruh rakyat pelbagai kaum yang cintakan kedamaian.

BERSIH kini dilihat terpesong daripada matlamat asalnya untuk menuntut pilihan raya bersih. Gerakan itu bernaung di bawah Pakatan Harapan untuk menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri melalui protes jalanan dan perhimpunan haram.

Gerakan Baju Merah yang diketuai oleh Datuk Seri Jamad Md Yunus sebelum ini memberi amaran akan menggerakkan 300,000 orangnya untuk menyekat penyokong BERSIH daripada mara ke ibu kota pada perhimpunan mereka yang dijadual 19 November ini.

Semalam, Jamal mendedahkan BERSIH ditaja oleh sebuah yayasan kendalian George Soros yang pernah digelar oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai “penyangak matawang asing” kerana menyebabkan kejatuhan ekonomi Malaysia pada 1997.

Jamal mendakwa, BERSIH mendapat tajaan berjumlah RM3.2 bilion sejak 2010 daripada Open Society Foundation (OSF) yang dikendalikan oleh Soros.

Maklumat ini diperolehi berdasarkan dokumen dalaman OSF yang bocor selepas digodam oleh aktivis Wikileaks baru-baru ini, kata Jamal yang dipetik daripada portal berita, Antarapos.

40205

Timabalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam reaksi berkata, maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai BERSIH, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri mempersoalkan campur tangan pihak luar terhadap politik di negara ini yang sepatutnya ditentukan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Setelah hampir 10 tahun menghentam dan menyalahkan Soros, Dr. Mahathir yang kini pengerusi PPBM jugalah orang yang membersihkan nama penyangak matawang itu.

Pada 16 Disember 2006, The Star melaporkan Dr. Mahathir bertemu dan membuat kesimpulan bahawa spekulator matawang itu tidak boleh dipersalahkan di atas kejatuhan ekonomi negara.

Kini Dr. Mahathir secara terbuka menyokong BERSIH menerusi parti baharu yang ditubuhkan oleh beliau dan berganding tangan dengan DAP, PKR dan PAN untuk menggerakkan perhimpunan Baju Kuning secara besar-besaran.

Selain PAS yang tidak menyokong gerakan BERSIH, MCA juga memberi amaran kepada DAP yang menyifatkan perbuatan mengheret masyarakat Cina adalah sia-sia kerana gerakan itu bukan sahaja ditentang, tetap gagal mendapat sokongan padu orang Melayu.

Setiausaha Biro Keharmonian dan agama MCA, Chris Daniel Wong menyifatkan pengajuran perhimpunan BERSIH sudah tewas dalam perjuangan dan hanya menjadi alat untuk kepentingan pakatan pembangkang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s