KDYMM Sultan Kelantan Hadir Program Penghijauan D’raja

Posted on

14915240_1216816278355930_6957376378646553362_n

KUALA KRAI, 1 Nov — Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menghadiri Majlis Perasmian Program Penghijauan D’Raja sempena ulang tahun Keputeraan Baginda ke-47 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai di sini, hari ini.

Baginda yang tiba di sekolah itu pada 12.15 tengah hari turut diiringi Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Addullah.

14883662_1216816051689286_3133671318212267878_oTurut mengiringi Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha dan Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim.

Pada majlis berkenaan baginda berkenan menanam sebatang pokok jenis ‘Bleu Quandong’ sebagai simbolik perasmian Program Penghijauan D’Raja tersebut.

Sementara itu, Mohd Faudzi dalam ucapannya berkata Program Penghijauan D’Raja adalah cetusan idea Sultan Muhammad V sendiri yang bertujuan menghalang tebing sungai di negeri ini daripada hakisan terutama akibat bencana banjir.

Beliau berkata sebanyak 600 anak pokok pelbagai spesies setinggi lima kaki ditanam di sepanjang Sungai Lebir berdekatan sekolah berkenaan.

“Program ini merupakan tanggungjawab kami bagi menghalang hakisan dengan Manek Urai dipilih sebagai tempat pertama ia dilaksanakan,” katanya.

— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s