Kini Tiba Giliran 1Bestari.net Pula Untuk Diaudit

Posted on

1bestarinet

Semasa Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi Menteri Pelajaran, antara projek mega yang diselia oleh beliau adalah projek membekalkan sistem internet ke sekolah-sekolah kerajaan dibawah projek yang bernama 1Bestari.net. Projek ini adalah kerjasama pihak kerajaan dengan YTL Corporation yang di ketuai oleh Tan Sri Francis Yeoh.

Pada awalnya, projek yang menelan belanja hampir RM 4.077 bilion ini dicadangkan untuk dipasang disemua sekolah di seluruh negara. Namun, entah dimana silapnya, projek ini menemui kegagalan secara total dan sejak itu, tiada siapa mengungkit akan kisah kegagalan projek 1Bestari.net ini.

Namun, semuanya kembali terbuka sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin bertindak seperti orang yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai 1MDB. Ianya mula didedahkan menerusi beberapa portal sehinggala ianya telah menarik minat orang ramai yang ingin mengetahui, dimanakah wang sebanyak RM 4.077 bilion ini dibelanjakan untuk membangunkan satu sistem yang gagal.

“Hari ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mencadangkan tindakan susulan bagi audit yang dijalankan ke atas sistem 1Bestari.net di bawah Kementerian Pendidikan.”

umnoMenurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PAC pagi tadi, pihak PAC memutuskan Jabatan Audit untuk menjalankan audit susulan yang menyeluruh mengenai sama ada perkara yang dibangkitkan oleh jabatan (sebelum ini) telah diperbetulkan kerana banyak perbelanjaan kerajaan (atas 1Bestari.net) dipersoalkan, menurut laporan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut mengenai 1Bestari.net.

Laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini adalah berdasarkan prosiding yang diadakan pada 17 Mac 2015, 8 April 2015 dan 16 Jun 2015 ketika Anggota Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad masih menjadi pengerusinya.

Selain daripada audit susulan, PAC juga mencadangkan agar audit ke atas keberkesanan pelaksanaan 1Bestari.net dan mengkaji semula kontrak di bawah program tersebut bagi memelihara kepentingan kerajaan.

Kali ini, giliran 1Bestari.net pula diaudit dan disiasat sepenuhnya seperti mana yang berlaku terhadap 1MDB. Jika kes 1MDB, pihak PAC dan Jabatan Peguam Negara merumuskan, tiada sebarang penyelewengan berlaku melainkan kesilapan membuat keputusan perniagaan, bagi kes 1Bestari.net, pasti ramai yang ingin tahu punca kepada kegagalan rancangan Muhyiddin sewaktu masih menjadi Menteri Pendidikan dahulu.

Andai berlaku penyelewengan, Muhyiddin harus bertanggungjawab sepenuhnya diatas keputusan yang beliau ambil bersama-sama kroni rapat Tun Dr Mahathir Mohamad, Francis Yeoh. Usah mudah menunding jari kepada pihak lain andai keputusan audit dan PAC tidak menyebelahinya kelak.
— Pru14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s