PAS Tunjuk Pendirian Dan Tidak Mahu Jadi Kuda Tunggangan DAP

Posted on

bersih-1024x576

“Cukuplah Pakatan Rakyat menjadi pelajaran untuk PAS”, Begitulah pendirian yang telah dibuat oleh pemimpin PAS terhadap segala usaha yang dilakukan oleh DAP serta sekutunya untuk menjadikan PAS sebagai “Kuda Tunggangan” bagi dipergunakan dalam kepentingan politik dan juga sebagai tentera Bersih 5.0.

Pengalaman yang amat meyedarkan ketika bersama Pakatan Rakyat telah membuka segenap ruang-ruang hipokrit DAP terhadap setiap kata-kata yang dijanjikan.

DAP pada satu ketika dahulu telah mempelawa PAS agar bersama Pakatan Rakyat untuk membenamkan UMNO dipersada politik tanah air. Namun semuanya berubah apabila setiap gerak kerja PAS yang selama ini mempunyai jalan perjuangannya tersendiri telah dinafikan.

Apa sahaja yang dilakukan oleh PAS yang berkaitan dengan Islam sudah pastinya akan mendapat tentangan hebat dari pemimpin DAP. Mereka melihat perjuangan PAS tidak sealiran dengan konsep perjuangan yang mereka amalkan.

DAP yang mengamalkan konsep perjuangan Sosialis Liberal yang berasaskan fahaman “ala komunisme” dari kepelbagaian sudut mendesak agar PAS menerima perjuangan tersebut dan bersama DAP untuk memastikan Islam itu bukan satu agama Persekutuan .

Perjuangan ini, yang menjadi amalan DAP mempertikaikan segenap ruang Islam dan membantah apa juga agenda yang diperjuangkan oleh PAS. Sehinggakan satu ketika kalimah Allah di perdagangkan demi untuk menunjukkan kesetiaan kepada DAP.

Bukan itu sahaja, PAS telah mengikut apa juga arahan yang dikeluarkan oleh DAP dalam megerahkan semua perngikut serta orang Melayu yang lain agar menjadi budak-budak Bersih yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Melayu sedia ada.

Namun pada masa yanga sama DAP mengarahkan agar kelompok masyarakat muda dan tua dari bangsa mereka tidak menyertai Bersih. Mempergunakan Melayu yang sanggup menjilat tapak kaki DAP sudah pastinya menjadikan DAP lebih bongkak.

PAS telah dipergunakan oleh DAP untuk meraih kemenangan di Pulau Pinang dengan janji-janji akan menjalankan satu sistem pemerintahan seperti Khalifah Abdul Aziz. Keterujaan PAS dengan janji tersebut membuatkan mereka mengarahkan para pengikut memberikan sokongan terhadap DAP.

Kemenangan telah dicapai DAP sebagaimana biasanya, sebuah parti yang mengamalkan dasar komunis setelah memenangi Pulau Pinang mula menunjukkan kebongkakannya dengan melakukan penindasan terhadap orang Melayu.

Bertitik tolak dengan pengajaran dari DAP ini lah telah menyedarkan PAS bahawa DAP bukan rakan yang baik untuk dijalin satu kerjasama dalam apa juga keadaan. DAP kini telah dianggap sebagai musuh politik yang nyata.

Dalam hal penyingkiran PAS dari Pakatan Rakyat telah memperlihatkan juga bagaimana banyaknya musuh dalam selimut PAS yang menghantui perjuangan PAS selama ini. Hasil tindakan keluar dari Pakatan, baru lah PAS tahu ada diantara mereka ialah musuh dalam selimut.

Bekas Timbalan Presiden UMNO yang berpaling tadah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini memujuk supaya PAS menjalin kerjasama. Semua ini adalah bertujuan untuk mempergunakan PAS sekali lagi dalam agenda Bersih dan sokongan politik.

PAS bagaimanapun bertegas tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan memandangkan gabungan parti pembangkang itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (PAN). PAS sedar kedua buah parti ini bukan rakan yang baik dan mereka sanggup memijak rakan sendiri demi kepentingan diri.

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun lalu bertindak membubarkan Pakatan Rakyat bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang. Sekarang usaha memujuk PAS telah gagal, Usaha umtuk mempergunakan PAS didalam Bersih 5.0 juga telah gagal.

Bersih yang mana selama ini amat bebas melakukan apa sahaja sehingga pasukan keselamatan terpaksa melihat sahaja tindakan ganas mereka kini sedang mendapat tentangan dari Gerakan Baju Merah yang melihat Bersih perlu mendapat iktibar bahawa kedaulatan Negara ini masih ada lagi pelindungnya.

Setelah ketiadaan PAS, kedua-dua parti itu kemudian menubuhkan Pakatan Harapan yang disertai PAN selaku parti Islam baharu bagi menggantikan PAS. DAP cuba untuk melagakan kelompok Melayu yang ada didalam Pakatan Harapan yang menyertai Bersih 5.0 dilihat agak hambar setelah ketiadaan PAS.

PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan tunduk kepada beberapa isu akidah yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pakatan. Kini PAS sedang mengubah landskap politik mereka dengan lebih memikirkan agenda Agama Bangsa dan Negara.

Tindakan PAS berbuat demikian telah menjadikan DAP seakan harimau luka dan terus menaburkan fitnah dan pembohongan untuk memastikan PAS tidak akan menjalinkan kerja sama bersama UMNO.

Namun PAS kini dilihat lebih kuat dan berprinsip dalam memastikan ikatan silatulrahim, kerjasama yang berlandaskan perjuangan Islam bersama kumpulan Islam UMNO terus diperkuatkan. DAP dalam diam terus merancang untuk mengagalkannya.
— PRU14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s