Seludup Minyak Masak,! KPDNKK Kelantan Sita Kilang Pembungkusan Minyak Masak Di Pengkalan Kubor

Posted on

rampas-transformed_2

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan merampas minyak masak bernilai RM150,000 termasuk mesin memproses di sebuah kilang pembungkusan di Simpang Tiga Kampung Geting, di sini, hari ini.

Operasi yang membabitkan 15 anggota KPDNKK itu bertindak hasil maklumat orang ramai yang melaporkan kilang pembungkusan itu mengeluarkan minyak masak untuk diseludup ke Thailand.

Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun, berkata pihaknya merampas 765 kilogram (kg) minyak masak yang siap dibungkus dan 20,650kg minyak masak di dalam tangki.

“Kami mendapati mereka juga tidak menyatakan dengan jelas aktiviti keluar masuk minyak masak di dalam buku stok jualan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Tindakan ini mengelirukan pihak kami sama ada minyak masak di sini dijual kepada orang ramai atau penyeludup. Pihak kami mengambil tindakan merampas minyak masak dan menyita kilang untuk tujuan siasatan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Peraturan 13(3) Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ab Ghani berkata, KPDNKK juga mendapat kerjasama agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras masalah ini seperti pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) dan Pasukan Polis Marim (PPM).

“Jarak kilang ini yang terlalu dekat dengan sempadan memudahkan mereka menjalankan aktiviti penyeludupan minyak masak dan seperti yang sedia maklum kilang ini sudah beroperasi selama 10 tahun.

“KPDNKK bersama agensi penguat kuasa lain akan terus menjalankan operasi bagi menghalang masalah penyeludupan daripada berterusan terutama di kawasan sempadan ini,” katanya.

— BH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s