[Video] ECER,! Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)

Posted on

ecrl_map2

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), kawasan seluas lebih 66,000 kilometer persegi atau 51% daripada keluasan Semenanjung Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 4.43 juta (2014). ECER merangkumi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, serta daerah Mersing di Johor seperti yang ditunjukkan dalam Rajah diatas.

Pembangunan infrastruktur adalah penting untuk kemajuan ECER dan kereta api adalah satu penggerak utama bagi rantau yang boleh menghubungkan pusat ekonomi termasuk kawasan perindustrian dan menyediakan sambungan dengan cekap ke Greater Kuala Lumpur / Lembah Klang. Untuk memulakan pertumbuhan ini, ECRL dikenal pasti sebagai projek berimpak tinggi yang akan menjadi tunjang infrastruktur pengangkutan pelbagai mod ECER. Ini akan melengkapkan infrastruktur jalan raya / lebuh raya sedia ada, seperti Lebuhraya Pantai Timur dan Laluan Timur KTMB dan pelabuhan.

Berita baik buat Rakyat Pantai Timur, Jika orang utara dapat menikmati ETS, Kini penduduk Pantai Timur pulak bakal menikmati prasarana yang serupa. Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 kilometer (KM) menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) akan dibina dan dibiayai oleh China.

Lawatan Perdana Menteri ke China kali ini banyak membuahkan hasil kepada Rakyat Malaysia. Kontrak pembinaan dianugerahkan kepada syarikat China Communication Construction Company Ltd (CCCC) manakala perjanjian kewangan akan dibuat dengan Export-Import Bank of China (EXIM).

Malaysia mendapat pinjaman kewangan kompetitif dari China yang jauh lebih rendah berbanding pasaran antarabangsa. Projek ini mempunyai pelbagai kesan positif. Bandar kecil seperti Mentakab, Dungun dan Tumpat di sepanjang laluan akan mendapat faedah dari segi pembangunan.

Pembinaan landasan itu akan memudahkan pelbagai produk keluaran pantai timur dibawa ke pantai barat, terutama Pelabuhan Klang. Ini akan menjadikan pasaran lebih kompetitif kerana kos pengangkutan rendah, selain menaikkan taraf hidup penduduk.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s