[Video] Krisis Air Selangor,! Tidak Guna Batang Paip Baru Jika Masih Gagal Bekalkan Air

Posted on

Residents collect water from a tank truck at Hulu Langat district outside Kuala Lumpur February 18, 2014. According to local media, recent hot weather in Malaysia and the closure of two water treatment plants since January 28, 2014 due to high ammonia pollution in Sungai Langat have resulted in water shortage in some areas of Klang Valley. REUTERS/Samsul Said (MALAYSIA - Tags: ENVIRONMENT SOCIETY)

Secara ringkasnya, menerusi pembentangan Bajet negeri Selangor 2017 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, jika dilihat kepada masalah bekalan air yang membelenggu kerajaan negeri Selangor, jelas ianya tidak menjanjikan apa-apa untuk menyelesaikannya.

Baca: Bajet 2017,! Azmin Bentang Belanjawan “Lollipop”

Sejak dari awal pentadbirannya yang konon mahu mengatasi masalah bekalan air di Selangor, langsung tiada walau satu pun pelan jangka panjang yang konkrit mampu diketengahkan untuk memastikan krisis bekalan air di Selangor dapat diatasi. Dalam dua pembentangan bajet negeri yang dilakukan Azmin, langsung tiada usaha untuk menambah bekalan air sedia ada pada negeri Selangor.

1475151130_41474641141_lojirawatanair-480x384Sebaliknya, dalam pembentangan bajet semalam, beliau memperuntukkan bajet untuk menaik taraf sistem saliran perpaipan negeri ini yang diketahui umum, langsung tiada kena mengena dengan masalah yang dihadapi oleh 1.6 juta penduduk negeri Selangor. Apa relevannya menaik taraf sistem perpaipan dengan krisis air di Selangor?

Apa yang berlaku adalah, seramai 1.6 juta pengguna air di Selangor yang terjejas berpunca daripada bekalan air yang disifatkan sebagai tercemar kepada Loji Rawatan Air di Semenyih. Bagi Azmin, penyelesaiannya mudah, menunding jari kepada negeri jiran seperti Pahang dan Negeri Sembilan yang kononnya menyumbang kepada pencemaran bekalan air ke loji berkenaan.

Lebih hebat lagi, Azmin pantas mempolitikkan masalah ini dengan mendakwa, Barisan Nasional bertindak memsabotaj bekalan air ke loji rawatan ini. Beliau mendakwa, mempunyai bukti dakwaan beliau dan kononnya telah membuat laporan polis berhubung isu ini. Namun, sehingga hari ini, Azmin enggan mendedahkan bukti bagi menyokong dakwaannya. Malah, salinan laporan polis juga langsung tidak pernah disiarkan seperti lazimnya.

Sekarang, Azmin mengemukakan jalan penyelesaian kepada masalah air di Selangor dengan memperuntukkan membaik pulih dan menaik taraf sistem perpaipan negeri. Masalahnya, jika batang paip ini ditukar sekalipun, andai tiada air yang dapat disalurkan dengan batang paip ini, adakah ianya mampu menyelesaikan masalah 1.6 juta penduduk yang terjejas?

Sudah pasti tidak. Apa yang dimahukan oleh penduduk yang terjejas adalah bekalan air yang tidak terganggu dengan alasan yang tidak masuk akal. Sepatutnya, menerusi bajet berkenaan, Azmin harus memperkasakan PBT yang mengawal selia punca air ke loji rawatan air berkenaan.

Menurut laporan, terdapat lebih 2,000 kilang haram di sepanjang pesisir sungai Semenyih yang menyebabkan pencemaran air berlaku di sana. Keadaan bertambah buruk apabila ban sungai di Sungai Buah, turut pecah sehingga memaksa Loji rawatan Air Semenyih ditutup buat kali ketujuh dalam bulan ini sahaja.

ini yang harus diberi perhatian oleh Azmin dalam merangka bajet yang memberi manfaat kepada semua rakyat di negeri Selangor. Masalah air di Selangor bukan disebabkan oleh batang-batang paip yang tertanam dalam tanah di Selangor. Sebaliknya ia disebabkan kelemahan kerajaan Azmin mengawal pencemaran yang secara berterusan mengalir ke dalam punca air di Loji Rawatan Air di Semenyih.
— Pru14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s