Saya Tidak Hormat YB Yang Tidak Hormat Perlembagaan” – Pandikar

Posted on Updated on

Seorang Ahli Parlimen yang dipilih haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik apatah lagi ketika berada di dalam Dewan Rakyat di mana semua warga kini boleh melihat aksi mereka secara langsung.

Hasilnya hari ini Spekar Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencabar Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng untuk tidak masuk di dalam persidangan ekoran tindakannya yang tidak menghormati kedudukan Speaker Dewan Rakyat baru-baru ini

“Saya amat kesal terhadap sikap YB (Yang Berhormat) Segambut (Lim) yang tidak menghormati kedudukan seorang Speaker yang di pilih di bawah Artikel 57 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau YB Segambut berpendirian sedemikian iaitu tidak mengiktiraf kedudukan Speaker yang dipilih di bawah Artikel 57 (1) (a), saya cabar YB Segambut untuk tidak masuk dalam Majlis Mesyuarat sewaktu saya mempengerusi mesyuarat.

“Saya juga tidak akan menghormati seorang ahli YB yang tidak menghormati Perlembagaan,” tegasnya lagi.

Selain itu, beliau turut menegaskan dirinya tidak perlu untuk meminta maaf kepada ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar daripada dewan ketika pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Ini kerana katanya, tindakan ahli Parlimen pembangkang itu telah dirancang lebih awal untuk memalukan Najib yang juga Menteri Kewangan. “Tindakan ahli-ahli pembangkang keluar dewan adalah tindakan yang telah dirancang lebih awal semata-semata untuk memalukan YAB Menteri Kewangan.

Makna kata tindakan itu didorong oleh suatu sebab iaitu bukan tidak setuju dengan kandungan bajet, tetapi cuba mengaibkan YAB Menteri Kewangan secara peribadi. “Pernyataan ini dibuktikan oleh tindakan ahli-ahli yang berhormat yang berkenaan mengangkat plakad-plakad yang tertulis perkataan, “siapa MO1?” sebelum mereka keluar.

“Atas sebab itu, soal untuk saya meminta maaf kepada ahli-ahli yg berhormat yg konon saya halau keluar tidak timbul sama sekali atas sebab pertama, mereka sendiri yang telah merancang untuk keluar. Kedua, mereka melanggar Peraturan Mesyurat 41 (1) (e),” katanya.

Lim sebelum ini mendakwa ketika pembentangan Bajet 1981 di House of Commons England, terdapat beberapa orang ahli Parlimen telah bertindak keluar daripada dewan sewaktu Menteri Kewangan negara itu membuat pembentangan.

Menurut Pandikar, tindakan tersebut dibuat secara perseorangan dan bukannya dirancang dari awal seperti yang dilakukan oleh ahli Parlimen pembangkang di negara ini.
— Barisan Nasional

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s