[Video] Kekebalan Dewan Bukan Alasan Bocor Maklumat OSA – TPM

Posted on

mh17parliament_230714_tmiafif_009

2 NOV : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan mana-mana bekas menteri tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat yang terlingkup bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) walaupun di dalam Dewan Rakyat yang memberi kekebalan kepada mana-mana wakil rakyat.

Baca: Kekebalan Anggota Parlimen Bukan Untuk Disalah Guna

Timbalan Perdana Menteri berkata sudah merujuk perkara membabitkan tindakan tiga bekas menteri Kabinet yang mendedahkan maklumat bawah OSA dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan penasihat undang-undang.

“Saya sudah bertanya perkara ini kepada Tan Sri Speaker dan rujuk juga perkara ini kepada penasihat undang-undang bahawa mana-mana anggota pentadbiran iaitu anggota jemaah menteri yang telah mengangkat sumpah rahsia yang tertakluk kepada OSA, tidak boleh semasa memegang jawatan atau selepas memegang jawatan atau dimana-dimana premis yang mempunyai kekebalan sekali pun, mereka tidak boleh menyingkap persoalan yang terlingkup di dalam Akta OSA,” kata Ahmad Zahid semasa sesi penggulungan Kementerian Dalan Negeri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau juga menjelaskan kekebalan yang diberikan dalam Dewan Rakyat seharusnya tidak menyentuh perkara-perkara yang berada dibawah OSA.

“Ini harus difahami, kekebalan ini merupakan kekebalan yang tidak tidak menyentuh mengenai perkara-perkara OSA seperti disebutkan tadi mengenai prosiding mahkamah yang sedang dibincangkan,” katanya.

muhyiddinshafiehusmiMenurut Ahmad Zahid, tiga bekas menteri yang mendedahkan maklumat rahsia kerajaan tersebut dipanggil ambil keterangan mereka oleh pihak polis memandangkan terdapat 15 laporan polis terhadap mereka.

“Mengenai tindakan dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hasutan 1948 terhadap 3 orang bekas menteri, saya ingin nyatakan berhubung dengan isu ini, kita telah berinteraksi (KDN) dengan polis untuk mengambil keterangan terhadap tiga menteri berkenaan berdasarkan kepada laporan polis bertarikh 28 Oktober, dibawah seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

“Sebanyak 15 laporan sudah dibuat mengenai isu sama oleh beberapa individu, pihak polis akan mengambil keterangan beberapa individu yang terlibat,” terangnya.

Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri pembangunan luar Bandar dan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas menteri kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Husni dan Muhyiddin sudah dipanggil pihak polis untuk diambil keterangan selepas terdapat laporan dibuat ke atas mereka.
— BNBBC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s