Parti Mahathir,! ‘Ketua Pemuda’ PPBM Sanggah Titah Sultan Johor?

Posted on

sultan-ibrahim-sultan-iskandar-500x290

Setelah usai titah Kebawah Duli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar semalam, sewaktu Baginda berkenan mencemar duli untuk menghadiri Majlis Himpunan Bangsa Johor di Pasir Gudang, pelbagai reaksi ditunjukkan terhadap titah ucapan Kebawah Duli Baginda.

Baca: DYMM Sultan Tidak Benarkan Demostrasi Jalanan Di Negeri Johor

Dalam titah baginda Sultan semalam, Baginda menggariskan 5 isi utama ucapan berkenaan. Kelima-lima isi utama berkenaan adalah, melaksanakan sistem sekolah rendah satu aliran, menghentam demontrasi jalanan dan bekas pemimpin tertinggi negara yang menyokongnya, membidas bekas pemimpin tertinggi negara yang menarik kuasa Raja-Raja Melayu, mengulas tentang kewujudan parti baru sebagai virus perpecahan dan isu pemuliharaan alam sekitar.

Rata-rata melihat titah ucapan ini adalah hasil luahan rasa Paduka Tuanku terhadap apa yang berlaku di Malaysia. Seperti sedia maklum, Paduka Sultan Johor adalah Sultan yang berjiwa rakyat yang selalu berusaha sekerap mungkin untuk mendekati rakyat negeri Johor.

download-10Namun, disebalik sambutan baik hamba rakyat dengan titah ucapan Paduka Tuanku, lain pula halnya dengan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Dalam satu reaksinya hari ini, dia telah mengeluarkan 3 helai surat terbuka kebawah Duli Tuanku Sultan Johor melalui akaun twitternya.

Dalam surat berkenaan, dia secara terbuka mempertikaikan titah Kebawah Duli Tuanku mengenai hak untuk berhimpun pada Perhimpunan BERSIH 5, 19 November nanti. Dia dilaporkan menulis,

“Hak untuk berdemonstrasi dengan aman adalah hak setiap Warganegara Malaysia mengikut Artikel 10(1)(b), Perlembagaan Persekutuan. Hak ini telah diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa seperti artikel 20(1), Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad antarabangsa mengenai hak awam dan politik”
Malah, dia seolah-olah “menyekolahkan” Kebawah Duli Baginda dengan menyebut satu contoh dimana dia juga menyebut,

“Jika kita mengikut keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia, hak untuk berdemonstrasi jelas belandaskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Kes Nik Nazmi 2012 dan kes Yuneswaran 2015). Perbezaannya hanya datang daripada keperluan untuk memberi notiskepada OCPD, 10 hari sebelum perhimpunan awam tersebut. However, in both cases, the right to peacefully assembly is well guided”.

01 02 03

Malah, Syed Saddiq dengan angkuhnya menyatakan, demokrasi adalah sebuah sistem yang akan hidup setiap hari, bukan hanya setiap 5 tahun seperti yang diamalkan di negara ini. Malah, dia turut menyatakan, hak demonstrasi adalah tiang kepada demokrasi sama seperti hak mengundi.

Dia juga turut cuba mengaitkan sejarah pembentukan negara dengan beberapa demonstrasi jalanan seperti apa yang berlaku pada 1946 apabila kaum Melayu menolak pembentukan Malayan Union. Malah dia juga turut menolak pesanan yang dibuat Kebawah Duli Sultan Johor tentang budaya demonstrasi jalanan ini. Syed Saddiq berkata, selagi keganasan tidak dibudayakan, perhimpunan aman ini sentiasa berjalan dengan lancar.

Dalam surat terbuka itu juga, Syed Saddiq sempat mengaitkan beberapa tuduhan rasuah yang sentiasa dimainkan oleh Penasihat PPBM, Tun Dr Mahathir dengan dakwaan, keperluan untuk demonstrasi ini terhasil akibat terlalu banyak kes rasuah yang memaliti kepimpinan negara hari ini.

Malah, sekali lagi dia cuba menjadi hero dengan tindakan biadabnya dengan ayat penderhakaannya terhadap Kebawah Duli Sultan Johor. Surat berkenaan diakhiri dengan ayat

“Apabila rakyat diasak oleh pemerintah negara, tolonglah jangan mengharamkan salah satu senjata demokrasi kami. Raja dan rakyat berpisah tiada. Tolong pertahankan hak kami Tuanku.”

Adakah ini contoh pemimpin yang mahu diangkat sebagai pemimpin masa hadapan negara? Jika titah Sultan sendiri mahu di ingkari, apa lah nasib negara andai kuasa berada kepada orang seperti Syed Saddiq ini? Adakah ini yang diajarkan Mahathir, Muhyiddin Yasin dan Mukhriz kepada anak muda hari ini? Sungguh menjijikkan!
— Pru14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s