Pemuda PPBM,! Syed Saddiq Terlupa Dukung Institusi Raja Berperlembagaan – Bastien

Posted on

41451894822_bastienonn

KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disifatkan terlupa untuk menunjukkan sikap mendukung institusi raja berperlembagaan apabila menulis surat terbuka kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga dilihat tidak menghormati institusi diraja apabila membuat kenyataan kepada Sultan Ibrahim melalui surat terbuka.

“Tuanku Sultan Johor benar-benar memainkan peranan insitusi raja berperlembagaan. Baginda tidak langsung menyentuh larangan untuk berdemokrasi. Baginda juga tidak langsung terikat dan berpisah secara nyata dari segi peranan dan tanggungjawab raja berlembagaan.

“Menasihati rakyat untuk tidak berdemonstrasi jalanan merupakan saranan dan nasihat. Baginda sama sekali tidak menyuruh rakyat untuk tidak mengundi atau menjalankan sebarang tanggungjawab untuk memilih wakil mereka,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Bastien mengulas kenyataan Syed Saddiq yang mendakwa, hak untuk berdemonstrasi secara aman adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan selain diiktiraf udang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik.

Ia reaksi susulan titah Sultan Johor pada Perhimpunan Bangsa Johor di Pasir Gudang yang menegaskan tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak menganjurkan sebarang bentuk demonstrasi di negeri ini.

Dalam pada itu Bastien mahu Syed Saddiq meneliti saranan Sultan Johor untuk perpaduan dan saling bertoleransi.

“Kenapa itu tidak disentuh dan tidak disemarakkan? Mengapa menyanggah perkara asas budaya orang Melayu? Berdemonstrasi adalah budaya Barat.

“Tuanku merupakan lambang kebanggaan orang Melayu dan juga ketua agama Islam. Sudah tentu Tuanku berhak bercakap mengenainya,” jelasnya.

Katanya lagi, sekolah satu aliran juga merupakan saranan yang amat baik dalam isu perpaduan terutama seawal umur.

“Penguasaan bahasa lain juga merupakan perkara asas untuk masyarakat menjadi lebih rapat kerana akan saling memahami sesama kita.

“Kesepaduan Melayu, Cina dan India dan banyak lagi etnik lain akan melonjakkan kita sebagai sebuah negara. Saya percaya ini merupakan visi yang dikongsi Sultan Johor untuk kita jadikan panduan,” ujarnya.

Tegas Bastien lagi, Syed Saddiq juga dilihat cepat melatah apabila mengetahui ada berita yang tidak baik mengenai PPBM.

“Hanya kerana perkara tidak enak didengar oleh parti barunya, Syed Saddiq mahu menyanggah secara terbuka? Saya rasa parti baru ini tidak sopan.

“Saya secara peribadi mahu mendengar perkara yang menjurus kepada perpaduan. Saya juga percaya rakyat mahukan perkara yang sama,” katanya.

— Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s