“Dia Datang, Dia Duduk, Lepas Itu Dia Tengok Perbahasan..” Dia Senyum, Dia Tak Sebut Apa-Apa.” – Speaker

Posted on

pandikar-amin-mulia-555x290

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir di Dewan Rakyat bagi memerhatikan Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 yang kemudiannya diluluskan pada peringkat dasar, Isnin lalu.

Menurut Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Najib melihat penggulungan itu daripada kamar speaker.

“Dia datang, dia duduk, lepas itu dia tengok perbahasan (melalui kamera litar tertutup) CCTV.

“Dia mahu tengok cara menteri kewangan,” kata Pandikar ketika ditanya apa yang dilakukan Najib di kamarnya pada malam itu.

Ketika ditanya sama ada Najib berpuas hati dengan cara penggulungan Johari, Pandikar menjawab: “Dia senyum, dia tak sebut apa-apa.”

Najib, malam Isnin lalu dilaporkan dilihat melalui pintu utama yang menuju ke Parlimen tetapi tidak berada di Dewan Rakyat ketika Johari sedang mengakhiri perbahasan peringkat dasar.

Beliau kemudiannya kelihatan bergegas meninggalkan Parlimen. Pada ketika itu, Johari baru mengakhiri ucapan penggulungannya dan ini disusuli dengan undian belah bahagian atau secara blok.

Bajet itu kemudiannya diluluskan pada peringkat jawatankuasa, dengan 117 undi menyokong dan 70 undi menentang manakala 11 ahli parlimen memilih untuk tidak mengundi.
— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s