Pembalakan,! Tindakan Undang-undang Jika Terus Berdegil Halang Pengeluaran Balak – MB Kelantan

Posted on

2c1d1046656edddd5b34d744b3e4e165_xl

KOTA BHARU, 9 Nov — Pihak yang terbabit membuat sekatan di laluan keluar masuk lori untuk mengangkut keluar balak di Gua Musang, dinasihat segera menghentikan perbuatan itu bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka.

Baca: Kerajaan Kelantan Yakin Dapat Selesaikan Isu Pembalakan Di Gua Musang

Baca: Orang Asli HSK Balah Dakwa Sukar Dapat Bekalan Makanan, Jual Hasil Tanaman

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengeluarkan notis pada 6 Nov lepas supaya pihak terbabit menghentikan sekatan dan bersurai dari kawasan tersebut.

“Tindakan itu bagi memberi peluang kepada pembalak mengeluarkan kayu balak yang sudah mereka tebang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, Rabu.

Pada 3 Okt lepas, kerajaan negeri mengeluarkan arahan menangguhkan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang selepas lebih 200 penduduk Orang Asli membuat sekatan menghalang laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei (Gua Musang) sejak 26 Sept.

Kumpulan itu yang dipercayai didalangi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa semua aktiviti pembalakan di HKS Balah berhampiran kawasan penempatan mereka dihentikan dengan mendakwa ia merosakkan alam sekitar dan kepupusan hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.

Ahmad menjelaskan notis dikeluarkan pada 6 Nov lepas itu ditujukan kepada pengerusi atau ketua NGO berkaitan supaya menghentikan sekatan dan bersurai dari kawasan terbabit.

“Memang ada pihak (Orang Asli) yang datang berbincang dengan kerajaan negeri dan kita bukannya mengambil tindakan sewenang-wenangnya,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan nasib masyarakat Orang Asli di negeri ini.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s