[Video] Krisis Air Selangor,! Faekah Gelar Azmin Bebal

Posted on

PERBALAHAN Azmin-Khalid mengenai isu pembelian syarikat konsesi air SPLASH bertambah rancak di Twitter dengan kemasukan bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor sebelum ini, Faekah Husin yang menggelarkan Azmin Ali sebagai seorang yang bebal.

Perang Twitter ini bermula sejak Khalid mula mendedahkan salah laku Azmin yang ingin membeli ekuiti syarikat tersebut dengan nilai 10 kali ganda daripada nilai sebenar iaitu RM250.6 juta.??

Azmin menyerang balas dengan menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti surat yang kononnya Khalid pernah menawarkan RM2.9 billion untuk mengambil alih SPLASH pada tahun 2009 dahulu yang disiarkan di akhbar tempatan.??

Walau bagaimana pun, dakwaan tersebut telah disangkal oleh Faekah yang menyatakan bahawa tawaran tersebut adalah jumlah keseluruhan dan bukannya ekuiti sahaja.

Faekah turut mengalu-alukan ugutan Azmin untuk mendedahkan surat yang kononnya membuktikan perkara tersebut supaya rakyat boleh memahami berapakah nilai tawaran ekuiti dan berapa pula jumlah tanggungan.

Menurut Faekah lagi, tiada siapa pernah menafikan bahawa tawaran tahun 2009 tersebut palsu malah ditegaskan lagi bahawa tawaran RM2.9 bilion adalah bagi keseluruhan pakej dan tawaran tersebut terbatal apabila terdapat beberapa syarat yang tidak dapat dipenuhi.??

Khalid pula memberitahu melalui twitternya bahawa beliau mahu SPLASH dibayar RM250.6 juta untuk ekuiti manakala Menteri Besar mahu membayar 10 kali ganda tetapi beliau pula yang digelar hipokrit.??

Menurut kenyataan media Khalid semalam, beliau bersedia untuk memberi penjelasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan telahpun menghubungi pejabat DUN bagi memaklumkan perkara tersebut.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s