Adakah Allah Arahkan Kita Taat Kepada Mantan Ulul Amri?

Posted on

mahathir-1

SESEBUAH negara tidak akan mampu mencapai keharmonian dan kestabilan dalam pelbagai bidang tanpa ada pemimpin yang berusaha untuk berada di garisan hadapan membawa dan memacu rakyat serta negaranya kearah yang lebih baik.

Mana-mana agama sekali pun pastinya akan meminta para penganutnya mencari dan melantik pemimpin untuk menjadi pegangan mereka dalam kehidupan.

Sebagai contoh, dalam agama Islam telah tercatat arahan kepada umatnya agar mentaati tiga perkara walau dalam apa jua keadaan menimpa mereka.

Tiga berkenaan adalah Allah, Rasul dan ulil amri atau pemimpin dari kalangan umat itu sendiri.

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa:59:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوااللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِيالْأَمْرِ مِنْكُمْ

“Hai orang-orang yang beriman taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada rasul dan ulil amri kalian.”

Bukannya sekali Allah memberi arahan, sebaliknya Dia turut berfirman dalam surah Al-Anfal: 46:

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Dan taatlah kalian kepada Allah dan janganlah kalian saling berselisih, kerana akan menyebabkan kalian akan menjadi lemah dan hilang kekuatan, dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Firman Allah lagi dalam surah Al’imran: 103:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

“Dan berpegang teguhlah kalian semua pada tali agama Allah dan janganlah kalian berpecah belah.”

Selain daripada firman Allah, hadis Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa sallam juga turut meminta para umatnya berbuat demikian.

Disebutkan dalam Shahih Bukhri dan Muslim dari ‘Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu, dia berkata :

بايعنا رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن تروا كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

“Kami berbai’ah kepada Rasulullah untuk senantiasa mendengar dan taat kepada beliau dalam semua perkara, baik yang kami senangi ataupun yang kami benci, baik dalam keadaan susah atau dalam keadaan senang, dan lebih mendahulukan beliau atas diri-diri kami dan supaya kami menyerahkan setiap perkara-perkara itu kepada ahlinya. Beliau kemudian bersabda, ‘Kecuali jika kalian melihat kekafiran yang nyata dan boleh kau jadikan hujah dihadapan Allah.’”

Beliau juga bersabda,

مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ ، فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ ، إِلاَّ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

“Barang siapa yang melihat pada pemimpinnya suatu perkara ( yang dia benci ), maka hendaknya dia bersabar, kerana sesungguhnya barangsiapa yang memisahkan diri dari jama’ah satu jengkal saja kemudian dia mati, maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah.” (HR. Bukhari)

Baginda Rasulullah turut bersabda lagi,

من خلع يدا من طاعة لقي الله يوم القيامة لا حجة له

“Barang siapa yang melepaskan tangannya bai’ahnya (memberontak) hingga tidak taat (kepada pemimpin) dia akan mememui Allah dalam keadaan tidak berhujah apa-apa.” (HR. Muslim)

Selain itu, Baginda turut bersabda,

اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَإِنِ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِىٌّ

“Dengar dan taatlah kalian kepada pemimpin kalian, walaupun dia seorang budak Habsy.” (HR. Bukhari)

Dalil terakhir yang menyatakan kepentingan mentaati pemimpin seperti diucapkan oleh Baginda Rasulullah SAW seperti berikut,

على المرء المسلم السمع والطاعة فيما أحب وكره إلا أن يؤمر بمعصية فإن أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة

“Wajib atas seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam perkara yang dia sukai atau dia benci, kecuali dalam kemaksiatan. Apabila dia diperintah untuk maksiat, tidak boleh mendengar dan taat.”

Maka persoalannya di sini, adakah 3 ayat Al Quran dan 5 hadis Nabi SAW ini masih belum cukup untuk kita menyatakan bahawa mentaati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kewajipan utama dalam beragama khususnya di Malaysia ini?

Dan, adakah 3 ayat Al Quran dan 5 hadis Nabi SAW ini masih belum cukup untuk menidakkan segala gerakan yang dipelopori pembangkang, khususnya Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamed?

Jika di Pulau Pinang dan Selangor boleh pula mereka mentaati ulil amri mereka iaitu Lim Guan Eng dan Mohamed Azmin Ali, atas alasan apa mula mereka mahu menidakkan kewajipan untuk mentaati Perdana Menteri?

Malah jika mereka menganggap Ulil Amri yang sebenar adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekalipun, tidakkah Baginda sendiri yang melantik memanda pilihannya (Najib Razak) untuk menjadi Ketua Kerajaan (Perdana Menteri)?

Andai kata kita menentang Perdana Menteri, ia tak ubah seperti kita menentang kehendak dan keputusan YDPA yang mereka anggap itulah Ulil Amri yang wajib ditaati.

Jadi jelas, jika kamu hormat dan taat kepada YDPA selaku Ulil Amri, maka kamu juga perlu hormat kepada pilihan Ulil Amri itu.

Kita harus cabar setiap daripada mereka yang menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP ini, dimanakah arahan agama khususnya Islam yang meminta untuk kita mentaati mantan Ulil Amri?

Jika ada dan dapat dibuktikan oleh mereka, sekarang juga penulis akan bersama mereka memperjuangkan apa yang mereka ingin perjuangkan.

Namun jika mereka gagal untuk menunjukkan bukti atau dalil yang sahih, maka sesungguhnya perjuangan mereka yang berada di barisan pembangkang sebenarnya adalah bersifat Khawarij iaitu ‘anjing Neraka’.
– Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s