Kini Mahathir Sudah Menjadi Hamba Kepada DAP & Maria Chin?

Posted on

download-19-5-670x380

Melihat beberapa keping gambar Tun Dr Mahathir bersama isteri semasa hadir dalam upacara “Candle Light Virgil” di Dataran Merdeka semalam, pasti timbul persoalan, adakah Mahathir benar-benar terdesak untuk melihat Maria Chin dibebaskan? Adakah Mahathir terlupa bahawa lebih 1,000 orang pernah beliau sumbat dalam ISA hanya kerana melawan beliau sewaktu berkuasa?

Semuanya bermula apabila pihak polis menahan Maria Chin Abdullah Jumaat lalu dibawah seksyan 124 C dan seterusnya dilanjutkan dibawah akta SOSMA. Bermula dari situlah, Mahatihir sanggup memperhambakan dirinya untuk hadir dan memimpin demo haram BERSIH 5 di Jalan Ampang, berhadapan KLCC, Sabtu lalu.

photo_2016-11-22_16-09-22Melihat kepada hukuman tahanan yang dikenakan keatas Maria Chin, Mahathir dengan sukarelanya hadir dalam demo menuntut pembebasan pengkhianat ini sambil turut memegang lilin sebagai tanda sokongan. Disinilah timbul persoalan, siapakah hamba dan siapakah ketua dalam gerakan BERSIH ini?

Jika dilihat kepada kesanggupan Mahathir untuk turun menyertai kira-kira 100 orang peserta dalam upacara berkenaan, maka bolehlah dianggap sebagai Mahathir adalah hamba suruhan Maria Chin dan BERSIH 2.0. Ini kerana, level pemimpin pembangkang lain adalah berarak ke Bukit Aman pagi tadi tapa perlu turun ke demo bodoh berkenaan semalam.

Dimanakah nilainya Mahathir yang cukup dikenali satu ketika dahulu sehingga sanggup menjadi hamba suruhan pembangkang dan lebih memalukan, menjadi hamba Maria Chin untuk menuntut pembebasannya? Tidakkah Mahathir sedar bahawa apa yang dilakukannya ini telah merendahkan martabatnya sebagai seorang yang disegani satu ketika dahulu?

Ternyata, ketamakan kuasa telah membutakan hati dan penglihatan Mahathir untuk menilai yang mana satu betul dan mana satu tidak. Pada usia sebegini, sepatutnya Mahathir berada dirumah dan berehat bukan memilih untuk menjadi hamba pihak-pihak tertentu untuk hadir dalam upacara yang sama sekali bercanggah dengan aqidah umat Islam.

Lebih teruk lagi, dengan ketiadaan para pemimpin pembangkang yang lain dalam perhimpunan kecil semalam, Mahathir telah merelakan dirinya ditertawakan hanya kerana mahu menumbangkan kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
— PRU14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s