#PAU2016 – 681 Usul Dari Akar Umbi Tanpa Tolak, Tanda Umno Bebaskan Ahlinya Bersuara

Posted on

PK16_070816_UMNO

PERHIMPUNAN terbesar umat Melayu dalam arena politik dijadualkan akan berlangsung bermula 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Suka ataupun tidak, kita perlu akui bahawa parti Umno merupakan parti berasaskan bangsa Melayu yang paling ramai disertai oleh bangsa majoriti berkenaan. Maka, Perhimpunan Agung Umno (PAU) saban tahun adalah sekali gus menjadi sebuah perhimpunan terbesar bagi bangsa Melayu dalam dunia politik.

cx2vxbnviaapvba-768x537

Ketika mana pembangkang mengherdik Umno sebagai salah sebuah parti yang menyekat hak bersuara khususnya dalam kerajaan, Majlis Tertinggi parti itu pula membuktikan bahawa ia berlaku sebaliknya.

Naib Presiden Umno merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Usul parti berkenaan dalam satu kenyataan mendedahkan, sempena PAU 2016 ini sebanyak 681 usul yang dikutip daripada 191 bahagian Umno telah diterima pihak tertinggi.

Daripada jumlah besar usul ini, amat mengejutkan bahawa tiada sebarang usul ditolak. Ini bermakna, Umno merupakan sebuah parti yang tidak langsung menyekat para ahlinya untuk menyatakan pendirian mereka atau bersuara ke peringkat lebih tinggi.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada hari ini dalam sebuah sidang media di Kuala Lumpur.

Sebagai parti yang memayungi Barisan Nasional (BN) yang menjadi tonggak kepada Kerajaan Malaysia, maka amalan ini diamalkan oleh Ketua Kerajaan kita yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun, kebaikan dan layanan mesra yang menjadi amalan Najib ini telah dimanipulasi dengan propaganda jahat dari pihak pembangkang saban hari.

Pembangkang tahu, jika amalan Najib ini dibiarkan begitu sahaja tanpa diburukkan, maka lambat laun rakyat tidak akan sanggup menukar kerajaan dan Perdana Menteri lain selain Najib.

Inilah sebabnya mengapa pembangkang dibantu oleh kuasa-kuasa asing sentiasa cuba untuk memburukkan Najib secara peribadi agar beliau berjaya dijatuhkan dan penggantinya nanti tidak lagi sehebat Perdana Menteri keenam itu.
– Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s