Pembunuhan Umat Islam Rohingya,! Mufti Minta ‘Bersih5’ Membuat Bantahan

Posted on

maza-amerika-460x300

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta peserta demonstrasi anti kerajaan Bersih 5 mengadakan perhimpunan sama di ibu negara tetapi bagi membantah pembunuhan umat Islam di Rohingya oleh pengganas Buddha.

Beliau tidak berterus terang menujukan permintaannya itu ke atas peserta Bersih 5, namun kenyataannya yang menyebut mereka yang sanggup berdemonstrasi perlu mengadakan demonstrasi tersebut mengambarkan pihak yang dimaksudkan.

“Kita berharap mereka yang sanggup turun berdemonstrasi isu-isu tertentu akan menunjukkan perasaan bantahan atas kezaliman yang jelas ini. Ini ada kekejaman yang amat dahsyat.

“Kita juga berharap persatuan dan pertubuhan Buddha di negara ini menzahirkan bantahan mereka. Ini seperti mana kita umat Islam menzahirkan bantahan jika ada keganasan yang dilakukan oleh orang Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kumpulan anti kerajaan, Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai DAP dan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan demonstrasi Bersih 5 pada 19 November lalu.

Perhimpunan itu bagaimanapun gagal mendapat sambutan rakyat dengan anggaran cuma kira-kira 15,000 orang menyertainya dan majoriti mereka adalah kaum Cina.

Seruan Mufti Perlis supaya mengadakan bantahan ke atas kekejaman itu bagaimanapun disambut hambar segelintir pengikutnya dilaman Facebook beliau.
– MyNewsHub

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s