Peserta Program Mantap Di Seluruh Negara Kukuhkan Kerusi BN – Ahmad Zahid

Posted on Updated on

photo_2016-11-22_19-44-06

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pelatih-pelatih Program Internship Barisan Nasional (BN) Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) di seluruh negara bakal memperkukuhkan kerusi-kerusi yang dimenangi BN.

Timbalan perdana menteri berkata program di bawah Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) itu adalah sebuah wadah yang penting bagi memastikan kejayaan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

“Dalam tempoh empat tahun ini, pelbagai program telah kita laksanakan dan kemuncaknya adalah pada PRU. Jika apa yang dilakukan sekarang tidak memberi sebarang kesan, ia hanya akan jadi seperti air yg dicurah ke daun keladi,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Mantap 6 di Menara Parlimen di sini Selasa.

Seramai 98 pelatih diraikan pada majlis itu dan daripada jumlah itu, 13 peserta ditawarkan untuk kekal bertugas dengan anggota-anggota Parlimen termasuk tiga orang menteri dan dua orang timbalan menteri.

Daripada 98 pelatih itu 68 adalah penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA), 22 orang daripada institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan lapan orang daripada Kelab Umno Luar Negara (KULN).

Program Mantap telah masuk edisi ke-6 sejak diperkenalkan pada tahun 2010.

Dipengerusikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, matlamat utama Mantap adalah menjadikan golongan mahasiswa sebagai pelapis kepimpinan negara di samping menggalas suatu tuntutan masyarakat untuk meremajakan kepimpinan dalam BN.

Ia juga bertujuan memberi peluang dan ruang kepada golongan mahasiswa untuk memahami dan menghayati bidang tugas seorang anggota Parlimen.

Program Mantap merupakan satu program kepimpinan yang diadakan hampir setiap tahun sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO.

Para pelatih mula bertugas bersama anggota-anggota Parlimen pada 17 Okt-23 Nov 2016 manakala Majlis Penyerahan Pelatih Mantap 6 kepada anggota Parlimen disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Okt di Seri Perdana, Putrajaya.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s