RUU355,! TPM Beri Taklimat Kepada Semua Ahli Parlimen Islam

Posted on

zahid-hamidi-umno_pc_111215_tmiseth_04

KUALA LUMPUR – Satu taklimat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan diadakan petang ini yang melibatkan semua ahli Parlimen beragama Islam daripada kerajaan dan juga pembangkang.

photo_2016-11-22_19-41-19

Taklimat tersebut adalah berkenaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU355) yang dibawa secara persendirian oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memberi lebih kuasa kepada mahkamah syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut akan terlibat dengan taklimat jam 5 petang hari ini, dua hari sebelum Dewan Rakyat dijadual untuk ditangguhkan.

Cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) disenaraikan pada nombor 11 dalam kertas perintah Parlimen.

Rang Undang-undang tersebut sebelum ini telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada persidangan yang lalu.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s