TPPA,! Trump Ikrar Tarik Amerika Syarikat (AS) Keluar

Posted on

w0nznynze6j_bwykpiwlqsvzxvvewgey-large

Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru dipilih rakyat, Donald Trump, menekankan bahawa negara itu akan menarik balik penyertaan dalam Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA) sejurus beliau menduduki White House, katanya dalam satu pengumuman dasar.

Trump sudahpun habis-habisan membantah perjanjian tersebut dalam kempen pilihan raya beliau, yang sebelum ini ditandatangani 12 buah negara pada Februari.

Inisiatif perdagangan daripada Presiden Barack Obama itu merangkumi 40 peratus daripada ekonomi dunia.

Dalam ucapan terawal Trump tentang keutamaan dasar dalam 100 hari pertama pentadbirannya, beliau mengatakan bahawa AS akan serta-merta keluar daripada perjanjian itu dan menyifatkannya sebagai ‘bencana kepada AS’.

Dalam sebuah video yang disiarkan di laman YouTube, wakil Republikan itu berkata agenda beliau hanya meletakkan ‘Amerika sebagai keutamaan’.

“Saya sudah bertanya kepada pasukan peralihan saya untuk menyiapkan senarai tindakan eksekutif yang boleh diambil pada hari pertama demi mengembalikan semula kedaulatan undang-undang serta bidang pekerjaan kita.

“Tentang perdagangan, saya akan mengeluarkan notis untuk menarik diri daripada TPPA.

“Sebaliknya, kita akan berunding tentang perjanjian yang adil dan bersifat bilateral yang akan membawa pekerjaan dan industri kembali ke Amerika,” ujarnya.

TPPA yang tidak mendapat persetujuan Kongres AS yang didominasi Republikan, bertujuan mencipta zon perdagangan bebas dengan standard pekerja dan persekitaran, serta langkah-langkah ntuk melindungi data dan hak intelektual syarikat-syarikat besar.

Ia dimeterai selepas hampir sedekad rundingan antara Washington dan rakan-rakan antarabangsa, serta menjadi perjanjian perdagangan paling signifikan sejak AS menandatangani Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 1994.

Sejumlah 12 negara menandatangani perjanjian itu pada Februari iaitu Jepun, AS, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s