[Video] Ringgit Masih Diterima Di Mekah, Madinah

Posted on

tabung-haji-1280x769

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang disebar menerusi media sosial mata wang Malaysia tidak diterima di Mekah dan Madinah, Arab Saudi.

Ia berkata pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan pengurup wang di 2 kota berkenaan.

Baca: Nafi ringgit Malaysia tak diterima di Makkah, Madinah

“Maklumat mengenai penggunaan kad ATM atau debit tidak diterima juga adalah tidak benar. Penggunaan kad ATM atau debit perlu mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan untuk melakukan pengeluaran wang,” kata TH dalam satu kenyataan.

TH menasihatkan jemaah Malaysia yang akan ke tanah suci dan berhasrat menggunakan kad ATM atau debit perlu berhubung terus dengan bank yang mengeluarkan kad berkenaan untuk memperoleh maklumat penggunaannya secara betul.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s