[Video] Suami Isteri Didakwa Culik Bayi Perempuan Dari Hospital

Posted on

bt_07-1

PASIR MAS, 22 Nov — Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari di Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah pada 15 November lepas.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Ahmad Abdul Muizz Halim, 26, dan isterinya Nur Rashedah Che Faizo, 23, didakwa menculik bayi perempuan itu yang belum diberi nama, anak kepada Siti NorBaiti Bahanaharing, daripada jagaan yang sah di sisi undang-undang iaitu pengarah Hospital Tanah Merah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Wad 2 Kanak-Kanak hospital berkenaan pada 6.47 petang, 15 Nov lepas mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dazuki membenarkan tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Dis bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Idham Abdul Ghanit mencadangkan jaminan RM20,000 ke atas setiap tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s