Whatsapp & Telegram Tidak Sesuai Bagi Urusan Rasmi

Posted on

5f588124-7e4d-49b0-8891-48db8f461d46

Menteri Sains, Teknologi dan inovasi (MOSTI), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini menyatakan bahawa tiada individu lain selain dari individu yang menerima atau menghantar pesanan secara terus akan menerima sebarang informasi atau data dalam aplikasi Whatsapp, berdasarkan tetapan versi terbaru yang dikeluarkan pada April 2016 lalu.

Namun begitu, menurut Wilfred, bagi aplikasi Telegram pula, jika pengguna tidak menetapkan ‘end-to-end encryption’ pada tetapan Telegram masing-masing, maka pihak syarikat boleh mengakses semua pesanan yang dihantar melalui platform tersebut.

Sehubungan dengan itu, jelasnya, sebarang komunikasi melalui kedua-dua platform ini seharusnya digunakan bagi tujuan sosial semata-mata, dan tidak sesuai untuk digunakan bagi menyampaikan sebarang maklumat dan informasi yang terperingkat, sekaligus bertentangan dengan etika penjawat awam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Noor Azmi Ghazali dalam sesi waktu pertanyaan menteri (MQT) yang bertanyakan adakah benar kandungan aplikasi Whatsapp dan Telegram boleh dimuat turun dan dipantau oleh pembangun sistem berkenaan dari Amerika Syarikat serta sejauh mana ia akan memberi cabaran kepada negara ini.

Sementara itu, tambah Wilfred, menyedari kepentingan menghantar maklumat secara langsung atas talian serta mencegah dari berlakunya ketirisan semasa proses penghantaran berikut, MOSTI dengan kerjasama Cyber Security Malaysia telah membangunkan suatu sistem tertutup yang disulitkan dengan menggunakan kaedah ‘encryption’.

“Sistem ini hanya boleh diakses oleh pengguna yang berdaftar sahaja. Ia digunapakai di MOSTI untuk dokumen terperingkat.

“Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga telah menggunakan dasar kriptografi negara untuk melindungi keselamatan aset melalui pengkelasan infrastruktur kriptografi yang boleh dipercayai,” katanya.

— Barisan Nasional

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s