[Video] ‘Bersih 7’,! Jamal, Tolong Jangan Keruhkan Lagi Suasana – Nur Jazlan

Posted on

71479898937_datukjamal

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihatkan Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos agar tidak mengeruhkan lagi suasana dengan penganjuran perhimpunan ‘Bersih 7’ oleh gerakan itu.

Jamal turut dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan provokasi.

“Dia (Jamal) ini tak belajar lagi dari kesilapan yang lepas. Jadi saya nasihatkan dia tidak lagi mengeruhkan suasana. Apa yang berlaku pada hari Sabtu lepas adalah perkara yang diharapkan kerajaan supaya apa-apa demonstrasi untuk meluahkan perasaan itu dilakukan secara terkawal dan tidak berakhir dengan kekecohan.”

“Jadi saya nasihatkan Jamal supaya tidak lagi mengeruhkan suasana dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan, serta membuat perancangan untuk demonstrasi akan datang,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan penganjuran ‘Bersih 7’ yang melibatkan siri jelajah di lebih 700 lokasi di Selangor.

Himpunan yang dilancarkan hari ini di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam didakwa bertujuan untuk menyelamatkan negeri Selangor daripada kerajaan yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
— Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s