20 Dalil,! PRU14, Kelantan Milik BN

Posted on Updated on

photo_2016-11-28_06-56-461) Kekuatan PAS sebelum ini banyak bergantung kepada kewibawaan arwah Tok Guru Nik Aziz.

2) Perpecahan PAS semakin ketara apabila kewujudan PAN menghantui setiap masa.

3) Sokongan Anak Muda kepada PAS semakin menurun apabila mereka sangat kecewa terhadap perilaku pemimpin PAS asyik bertelagah.

4) Rakyat Kelantan mulai rasa sangsi kebolehan tadbir urus kerajaan Kelantan di bawah PAS selama 26 tahun, tambahan lagi maklumat diperolehi daripada bekas exco kanan PAS sendiri yang keluarkan isu kerajaan satu persatu.

5) Isu air tidak pernah selesai, rakyat Kelantan mulai rasa bosan apabila kekerapan ketiadaan air, berkarat dan tekanan air sangat perlahan, semakin dirasai.

6) Rakyat Kelantan mulai timbul persoalan isu pemberian tanah kepada pelabur luar berbangsa cina secara berleluasa dan agihan tanah mengikut siapa lebih kuasa atau puak yang dominasi tadbir kerajaan.

7) Rakyat Kelantan juga mula merasai tiada lagi aset negeri untuk dihargai. Persisir pantai yang dahulu cantik, kini semakin terbiar. Pusat rekreasi air terjun yang indah semakin punah dan lain-lain.

8) Masalah sosial dan pil kuda semakin ketara dan bahaya, walaupun negeri ini di gazet sebagai Serambi Mekah. Rakyat mula pertikai keupayaan pentadbiran PAS sebagai kerajaan negeri dalam mengurus masalah generasi. Rakyat juga semakin sedar, program yang dianjurkan sekadar keuntungan politik semata-mata, bukan secara terancang untuk membina generasi.

9) PAS semakin hilang tempat untuk penyebaran dakyah politik. Masjid dan surau yang sebelum ini dikuasai sepenuhnya oleh PAS, kini tempat ini telah dikuasai dan berpecah dua antara PAS dan PAN. Penyebaran dakyah politik PAS semakin terbantut serta semangat juang semakin layu di kalangan penyokong PAS.

10) Pengundi luar mula mengambil pendekatan diam dan berkecuali. Jika PRU 13, kumpulan inilah yang banyak menyumbang kepada kemenangan PAS di kelantan. Kali ini segelintir besar, kumpulan pengundi luar mula mengambil langkah tidak menghiraukan apa perkembangan yang berlaku kepada hal ehwal kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS.

11) Rakyat Kelantan mulai merasakan perlu adanya pembanggunan serta peluang-peluang pekerjaan. Rakyat Kelantan sangat menginginkan kembali dan bekerja di negeri sendiri.

12) Rakyat Kelantan juga semakin bijaksana menilai tugas serta peranan YB di kawasan mereka. YB pas dan UMNO menjadi perkara pokok diperbandingkan. Rakyat Kelantan bukan sahaja melihat tugas YB bukan setakat melawat orang sakit atau kematian, mereka mula menilai secara holistik, YB kena bersuara dan membela serta membawa kesan kepada setiap kekurangan di kawasan masing-masing.

13) Rakyat Kelantan sudah mula membangkitkan satu persatu janji PAS terutama melibatkan projek yang telah di letakkan batu asas, namun tiada pula di tunaikan. PAS berdepan dengan konflik timbusan batu asas ini.

14) Rakyat Kelantan mula merasai perasaan suka dan hormat kepada keperibadian Dato Pa.

15) Rakyat Kelantan semakin terbuka dan berlapang dada kepada kehadiran UMNO Kelantan di setiap kawasan.

16) Rakyat Kelantan mula merasai usaha dan kesungguhan kerja UMNO di Kelantan.

17) Rakyat Kelantan mula berterima kasih kepada UMNO Kelantan yang telah banyak membawa pulang projek daripada persekutuan seperti memperbesarkan jambatan Sultan Yahya Petra, jalan selesa antara Kota Bharu ke Kuala Krai serta berkeyakinan jika BN tadbir Kelantan, jalan yang lebih selesa ini akan di sambung sehingga ke merapoh. Sentiasa membantu menyalurkan peruntukan memulihkan masalah air serta pemberian wang ehsan kepada rakyat Kelantan.

18) Selepas ketiadaan arwah Tok Guru, PAS Kelantan tiada lagi hero yang menjadi magnet tarikan kepada pengundi.

19) Isu Pembalakan dan kebersihan semakin menghantui Kerajaan di bawah pentadbiran PAS.

20) Masalah kekurangan Kewangan yang dihadapi oleh PAS telah mencacatkan pergerakkan, sekaligus telah memberi tamparan yang kuat kepada PAS untuk mempertahankan petadbiran kerajaan negeri Kelantan.

MOHD RIZDUAN IBRAHIM
Naib Ketua Pemuda UMNO Pasir Mas

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s