DAP Tidak Patriotisme?

Posted on

2016-12-09-photo-00003592

BIASANYA dalam persidangan-persidangan antarabangsa saha­ja hal ini berlaku. Yakni, akan ada terjemahan bahasa induk ke bahasa tertentu, misalnya dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau banyak persidangan dunia.

Kalau perlu diedarkan alat terjemahan semasa perhimpunan agung parti di tanah air, itu pun kerana terdapat para jemputan atau perwakilan asing.

Tetapi apabila Konvensyen Kebangsaan DAP baru-baru ini pun berlaku, dengan lebih 100 unit alat terjemahan diedarkan kepada para perwakilan untuk mengalih bahasa kebangsaan ke dalam bahasa Mandarin dan Tamil, apa sudah jadi?

Hal ini diakui sendiri oleh Se­tiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook yang mendedahkan bagaimana parti itu terpaksa membelanjakan RM20,000 untuk menyediakan alat terjemahan semasa persidangan parti itu berlangsung.

Barangkali ada logiknya kelu­han dan saranan daripada be­berapa pihak berhubung ‘insi­den’ yang berlaku dalam majlis DAP itu.

Antaranya adalah lebih baik DAP buka sahaja kelas bahasa kebangsaan kepada ahlinya yang terbukti tidak mampu menguasai bahasa Malaysia dengan baik.

Realitinya bukan sahaja sebilangan atau sebahagian perwa­kilan DAP semasa konvensyen itu yang tidak fasih berbahasa kebangsaan, malah ‘penyakit’ sa­ma turut dihidapi segelintir wa­kil rakyat parti itu.

Tahap kemahiran bahasa Melayu wakil rakyat terbabit sangat lemah. Ini memang tidak boleh diterima langsung kerana dia adalah orang yang mempunyai jawatan dalam pentadbiran.

Penguasaan bahasa kebangsaan penting untuk wakil rakyat berurusan dengan wakil-wakil masyarakat yang kebanyakannya berbilang bangsa. Malah bernilai pula ketika mempe­ngerusikan mesyuarat yang dihadiri pelbagai kaum.

Kelemahan bahasa pemimpin DAP amat jelas dilihat dalam Si­dang Dewan Rakyat. Banyak perkataan ciptaan sendiri disebut akibat tidak fasih berbahasa kebangsaan yang mana dikatakan bahasa rasmi kerajaan.

Tergiang-giang di kepala penulis perkataan ‘terbulu-bulu’, ‘lumah’ dan banyak lagi tidak disebut dengan betul oleh wakil dari DAP.

Sesekali terdetik juga di hati:

“Apa ertinya menjadi warganegara Malaysia jika tidak tahu berbahasa kebangsaan? Setakat manakah jiwa patriotisme dalam diri ahli DAP?”

— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s