Hentikan ‘Kegilaan Politik’, Menidakkan Patriotisme Bangsa Johor – MBNJ

Posted on

b44jkulcuaanoaz

JOHOR BAHRU, 9 Dis – Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) hari ini menyifatkan ‘kegilaan’ politik yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi kesan negatif dan jika melarat akan menggangu perjalanan sesebuah usaha dan tekad untuk pembangunan negara.

Presidennya, Manndzri Nasib menganggap Dr Mahathir sebagai negarawan yang tidak jujur dan berniat jahat apabila mengeluarkan kenyataan tentang hal pemilikan hartanah di Johor dan pekerja asing di negeri terbabit selain menuduh 700 ribu rakyat negara China akan diberi taraf kewarganegaraan di Johor.

“Ini adalah sesuatu yang tidak adil, menghina kebijaksanaan pentadbiran Johor dan menidakkan patriotisme Bangsa Johor.

“Lebih menyayat hati, Dr Mahathir mengiyakan kuasa asing dalam ulasan negatif Bloomberg berkaitan isu ini,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Tenggara.

Tegasnya, orang Johor tidak pernah terfikir untuk menggadai kedaulatan apatah lagi bertindak membelakangi demokrasi hanya kerana mahu menang dalam percaturan politik dan untuk mendapatkan kuasa termasuklah membenarkan pemberian sejumlah besar kerakyatan Malaysia kepada pekerja asing yang bekerja di Johor.

Selaras dengan itu, MBNJ juga mempersoalkan apakah tujuan tindakan Dr Mahathir ini?

“Di saat Johor mengorak langkah dengan Pelan Suara Hati Rakyat Johor dan Gagasan Johor Berkemajuan, beliau melontarkan negativisme sebegini?

“Tun Dr. Mahathir, jangan sampai kami hilang hormat langsung. Anda seorang negarawan, semua tahu anda adalah ketua kepada sebuah parti siasah yang lahir di bumi Johor. Anda berkarya dan berkuasa dan sekarang berilah peluang kepada Johor untuk melakar harapan dan masa depan kami sendiri.

“Rata-rata ahli MBNJ adalah yang membesar dan melihat segala kemajuan Malaysia semasa kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Saya sendiri lahir pada 1980 dan apabila berakal melihat kemajuan demi kemajuan di era pentadbiran beliau.”

Ujarnya, sepatutnya Dr Mahathir berusaha memimpin golongan muda, bantu perkukuhkan apa yang ada dan bukannya membinasakan dengan motif semakin mengelirukan.

Dalam masa yang sama, MBNJ nekad untuk terus memberikan sokongan pada kepada pimpinan Datuk Seri Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor dan berharap beliau terus fokus dengan tekad membangunkan lagi negeri terbabit.

“Kepada Kerajaan Persekutuan, teruslah membantu Johor. MBNJ akan senantiasa pada peranannya, bersama dan memberi pandangan demi kebaikan supaya perjuangan bangsa dan negara berada pada landasan yang tepat,” ujarnya lagi.

– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s