Red Giants Anak Tiri Presiden FAS?

Posted on

selangor-red-giant

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Az­min Ali didesak untuk men­jalankan tanggungjawabnya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan tidak membiarkan me­reka terkontang-kanting da­lam mencari dana pasukan bagi menghadapi persaingan Liga Malaysia (Liga M) 2017.

Beberapa bekas pemain Se­langor, dalam sidang akhbar di Shah Alam baru-baru ini, menegaskan tindakan Mohamed Azmin mendiamkan diri tidak sepatutnya berlaku kerana merugikan ba­nyak pihak dan menjejaskan perancangan pa­sukan Red Giants untuk musim depan.

“Bukan mahu me­nyalahkan sesiapa, tetapi saya berharap Menteri Besar Selangor (Moha­med Azmin) selaku Pre­siden FAS, dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera ke­rana pemain ketika ini dalam keadaan terumbang-am­bing ter­utamanya dari segi kontrak.

“Kemudian, Selangor tidak mempunyai dana untuk mengharungi musim depan. Sebagai presiden, beliau perlu membantu FAS. Beliau mendiamkan diri dan tidak memberi apa-apa maklum balas. Kami mengha­rapkan Azmin memberikan ko­mitmen yang lebih baik dan memberikan kerjasama de­ngan bagus kepada barisan exco FAS.

“Kami tahu beliau ada komitmen lain bersama kerajaan ne­ge­ri namun jika bantuan tidak disa­lurkan itu akan menyukarkan FAS untuk mendapatkan dana dalam tempoh terdekat.

“Sekiranya diberitahu lebih awal mungkin FAS boleh me­lakukan sesuatu tapi kalau diberitahu pada saat akhir sukar untuk FAS walaupun mungkin masih ada jalan penyelesaian,” kata Nazzab Hidzan yang mewakili kumpulan bekas pemain itu kepada pem­beri­ta.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan FAS bakal bergerak sendiri dalam memastikan The Red Giants tetap bersaing dalam Liga Malaysia meskipun berkemungkinan tidak lagi mendapat sokongan kerajaan negeri dari segi mencari dana.

Difahamkan segala peruntukan kerajaan negeri hanya akan disalurkan kepada PKNS FC se­per­ti didedahkan oleh bekas pe­ngurus Selangor, Amiruddin Shari pada November lalu.

Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd. Ibrahim menegaskan hingga kini tiada maklum balas diterima oleh exco daripada presidennya berhubung perkara itu.

Nazzab yang mewakili Se­langor pada 1996 hingga 2000, kemudian pada 2005 hingga 2006 berkata dia mahu perkara itu diselesaikan dalam suasana harmoni dan bukannya melalui demonstrasi mahupun memorandum.

“Jika beliau tampil dan beri penjelasan atau kata putus untuk menentukan hala tuju Se­langor sudah cukup baik. Ahli gabungan tidak perlu me­lakukan demonstrasi atau menghantar memorandum (ban­tahan) kerana itu bukan budaya kita malah boleh mengeruhkan lagi keada­an,” katanya lagi.

— Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s