Teresa Kok Gelar Senator Baru Rasis, Dikecam

Posted on

teresakok

PETALING JAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam Ahi Parlimen DAP Teresa Kok kerana menuduh senator baru dilantik, Khairul Azwan Harun sebagai bersikap perkauman.

Menurut ahli eksekutif Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, tindakan ahli Parlimen Seputeh itu serta sikap berdiam diri mengenai kenyataan perkauman daripada rakan politik, membuatkan kritikan beliau terhadap Azwan yang juga naib ketua Pemuda Umno sebagai hipokrit.

“Kok tidak layak menuduh orang lain bersifat tidak seperti negarawan atau tidak layak menduduki kerusi di Parlimen.

“Kita boleh ingat video Tahun Baru Cina 2014 beliau yang mempersendakan sistem pendidikan Malaysia dan menghina pencerobohan Lahad Datu pada 2013 yang juga mengejek pemimpin tertinggi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan, hari ini.

“Juga sikap berdiam diri terhadap kenyataan perkauman dan anti-Melayu berterusan oleh rakan partinya seperti Nga Kor Ming berhubung kata-kata ‘hitam metalik’ terhadap menteri besar Perak video skru orang Melayu oleh Superman Hew, atau tweet tidak sensitif Jeff Ooi terhadap Allahyarham Datuk Harun Din,” katanya.

Kok baru-baru ini mempersoalkan pelantikan Azwan sebagai senator dengan memetik ucapan Naib Ketua Pemuda UMNO itu yang didakwa ‘perkauman’ semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s