Tun M Hina Rasulullah,! Undang “Keberanian” DAP Untuk Mempermainkan Islam

Posted on

0712-rafizal-tunmpersendanabi

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang melahirkan rasa kesal dan terkejut di atas sikap bekas pemimpin negara Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara sambil lewa menggunakan serta mempersenda Nabi Muhammad S.A.W dalam Kovensyen Kebangsaaan Dap baru baru ini.

Ketuanya Rafizal Abd Rahim berkata, perbuatan tersebut sangat tidak wajar dan tidak patut datang dari seorang bekas pemimpin terutama sekali dari orang Islam sendiri demi kelangsungan dan kepentingan politik serta agenda peribadi.

“Tindakan biadap ini tidak boleh diterima kerana agama Islam menuntut umatnya untuk menghormati dan menjunjung keperibadian pesuruh Allah, Nabi Muhammad S.A.W. dan bukannya memperlekeh atau cuba menjadikan Baginda sebagai mainan politik.

“Sebagai umat Islam, analogi bandingan akan sifat, situasi, perbuatan dan keperibadian Rasulullah tidak sepatutnya dicampur-aduk dalam kancah politik dan perkara ini sangat ditegah dalam agama Islam.

“Janganlah kerana terlalu taksub berpolitik dan dirasuk dengan dendam kesumat, beliau yang selama ini menjadi idola rakyat lupa akan batas agama,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Tambah Rafizal, sikap Tun M ini secara tidak langsung akan mengundang ‘keberanian’ pembangkang khususnya Dap untuk memperkotak-katikkan agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Seharusnya kata beliau lagi, selaku mantan perdana menteri, Tun Mahathir mendaulatkan agama Islam kerana dia juga merupakan seorang individu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

“Tun Mahathir sepatutnya sedar, perbandingan yang dibuat ini telah menganggu-gugat institusi agama Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan oleh itu, Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang menuntut Tun Dr Mahathir supaya meminta maaf atau berdepan tindakan undang-undang,” tegasnya.

– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s