[Video] Kritik PAU 2016, Himpunan Solidariti Ummah,! Manifestasi Kekecewaan, Kegelisahan Pembangkang

Posted on

pau-2016-himpunan-solidariti-ummah

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Keghairahan kepimpinan parti pembangkang yang mengkritik dan menghentam Perhimpunan Agung UMNO 2016 baru-baru ini disifatkan oleh seorang pensyarah, Prof. Madya Dr. Hanafiah Harun sebagai satu indikator kekecewaan dan kegelisahan pembangkang apabila melihat solidariti ahli-ahli dan kepimpinan UMNO yang tetap teguh mendokong institusi kepimpinan dan perjuangan parti.

Katanya, kepimpinan pembangkang mungkin mengharapkan berlakunya penolakan atau tentangan daripada akar umbi terhadap kepimpinan parti, namun apa yang mereka harap itu tidak berlaku bahkan solidariti ahli-ahli UMNO ternampak lebih utuh berbanding perhimpunan agung yang lalu.

“Mereka mula melontar pandangan-pandangan liar tentang perhimpunan agung UMNO ini bagi saya kerana kecewa apabila melihatkan solidariti ahli-ahli dan kepimpinan UMNO semakin teguh dalam mempertahankan institusi kepimpinan dan perjuangan parti.

“Pihak pembangkang cuba untuk memperlekeh dan mempertikaikan pelbagai hal termasuk cuba menggambarkan isu wala’ atau ketaatan kepada kepimpinan parti sebagai satu ketaatan yang membuta tuli kepada institusi kepimpinan parti.

“Namun mungkin mereka tidak sedar, bahawa ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi sudah menyedari bahawa segala tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada presiden parti hanyalah permainan politik mereka, di mana apa yang dilemparkan pihak pembangkang itu tidak lain hanyalah satu tuduhan semata-mata tanpa bersandar bukti yang kukuh,” ujarnya kepada UMNO-Online hari ini.

Tidak cukup dengan itu, tambah beliau lagi pihak pembangkang juga cuba untuk mempolemikkan perhimpunan solidariti ummah untuk rakyat Rohingya yang dihadiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang.

“Pihak pembangkang bukan setakat mengkritik perhimpunan agung UMNO, bahkan himpunan menyatakan sokongan kepada rakyat Rohingya juga cuba dipolitikkan oleh mereka apabila pemimpin pembangkang mendakwa himpunan tersebut hanyalah sebagai satu agenda politik semata-mata.

“Bagi saya, sebenarnya pembangkang sudah mulai rasa resah dan gelisah apabila melihatkan perhimpunan agung UMNO lebih memperlihatkan perpaduan di kalangan ahli dan kepimpinan UMNO berbanding dulu, dan juga apabila kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas duduk bersama di satu pentas dalam menyatakan sokongan terhadap umat Islam Rohingya dalam program tersebut pada keesokan harinya.

“Mereka tahu, bahawa perhimpunan tersebut secara tidak langsung telah memperlihatkan kesatuan umat Islam tanpa mengira fahaman dan ideologi politik demi Islam dan pembangkang tidak senang dengan situasi ini kerana apabila Presiden UMNO dan Pas bersama di atas satu pentas, maka ini tidak akan mendatangkan kebaikan dan keuntungan politik bagi pihak pembangkang,” tegasnya.

— MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s