Kekurangan Pendapatan Hasil Bumi, Kerajaan PAS Negeri Kelantan Mula Hisap Darah Rakyat?

Posted on

dsc05727
Gambar sekadar hiasan

Beberapa hari saja lagi tahun 2016 akan melabuh tirai dan tahun 2017 bakal menjelma tiba, tahun 2017 jugalah akan membuat rakyat Kelantan resah gelisah, terutamanya bagi mereka yang berniat untuk membina sebuah rumah idaman dengan kos RM300 ribu mungkin amat perik.

Admin mendapat perkhabaran tentang pengusahaan pasir yang mana mempunyai lesen atau permit menyedup dan menjual pasir, lesen tidak boleh diperbaharui lagi. Mereka tidak lagi boleh meneruskan walaupun sudah berpuluh-puluh tahun telah mengusahakan perusahaan tersebut, kerajaan PAS negeri Kelantan juga telah menyekat semua lesen-lesen perusahaan pasir dengan tanpa notis.

“Cakap-cakap kedai kopi, ada yang mengata kerajaan PAS negeri Kelantan telah beri tender menyedup dan bekal pasir kepada beberapa buah syarikat dengan bayaran tertentu,? bagi perusahaan pasir yang ingin meneruskan perusahaan tersebut, mereka perlu membeli pasir dari syarikat yang telah dilantik oleh kerajaan negeri sahaja.”

Perusahaan boleh beli pasir dari syarikat lantikan kerajaan negeri tersebut dan berkemungkinan syarikat akan mengenakan bayaran pada harga RM40 bagi setiap meter padu, perusahaan pula mengambil untung RM40, harga akan dijual pada RM80 bagi setiap meter padu, tambang lori akan dikenakan mengikut jarak perjalanan, kebiasaan harga tambang lebih kurang RM60 dan GST 6% juga akan caj oleh syarikat yang membekal pasir. Secara ringkasnya bagi setiap lori muatan pasir lebih kurang 4 meter padu, RM80 x 4 = RM320 + RM60 = RM380 + 6% = RM402.80, (satu lori pasir).

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Harga semasa pasir termasuk tambang setiap satu lori dengan isian 4 meter padu harga bawah RM100. Tidak cukup dengan 10 lori pasir untuk siapkan sebuah rumah. Rakyat perlu tambah belanja lebih untuk membeli pasir.

Rakyat Kelantan yang bakal bina rumah pada tahun 2017, akan dapat beli pasir bagi satu lori pada harga RM402.80 berbanding dengan harga hari ini RM100 satu lori.

Rumah berharga RM300 ribu yang dibina pada ketika ini, mungkin pada tahun 2017 tidak dapat lagi untuk disiapkan dengan harga tersebut.

Berkemungkinan juga selepas ini akan berlaku kegiatan mencuri pasir di sepanjang sungai, seperti pernah berlaku di negeri Selangor. Pasir adalah sumber alam yang merupakan hasil negeri yang sewajarnya dinikmati oleh seluruh rakyat Kelantan, bukannya untuk memperkayakan kroni?  Tahun 2017 kerajaan PAS negeri Kelantan terus menerus menindas dan hisap darah rakyat untuk tampung belanja.
– Kelantan News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s