-

[Video] Terkini,! Faiz Subri Dinobat Pemenang Anugerah Puskas, Gol Paling Cantik 2016

Posted on Updated on

image-2

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Penyerang Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri mencipta sejarah baharu dalam arena bola sepak Asia apabila menjadi pemain pertama dari benua itu memenangi Anugerah Puskas 2016 selepas diumumkan sebagai pemenang oleh FIFA dalam majlis anugerah yang berlangsung di Zurich, Switzerland, sebentar tadi.

Kejayaan itu sekali gus menepati ramalan seluruh peminat bola sepak dunia yang kebanyakkan menyokong gol jaringan Mohd. Faiz berhak untuk memenangi anugerah tersebut.

Jaringan yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ itu dilakukan sewaktu membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu, mengetepikan dua lagi calon akhir iaitu pemain Brazil yang beraksi untuk kelab Corinthians, Marlone dan wakil tunggal wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez.

puskas1

Anugerah Puskas diperkenalkan pada tahun 2009 yang menyaksikan pemain terbaik dunia sebanyak empat kali, Cristiano Ronaldo menjadi pemenang pertama anugerah tersebut.

– Utusan Online

 

 

Advertisements

One thought on “[Video] Terkini,! Faiz Subri Dinobat Pemenang Anugerah Puskas, Gol Paling Cantik 2016

    […] Baca: Terkini,! Faiz Subri Dinobat Pemenang Anugerah Puskas, Gol Paling Cantik 2016 […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: