AKSB “Rompak Berhemah” Duit Rakyat Kelantan?

Posted on

photo_2017-02-20_20-40-08

Belum reda lagi isu kenaikan harga pasir dengan mendadak, dan rakyat masih belum berpuas hati dengan perkhidmatan air yang kurang memuaskan. Kali ini rakyat Kelantan pula kalut ribut dan bising mengenai caj dalam bil air yang dikenakan tidak masuk akal.

Bekalan air AKSB sebelum ini mengecewakan:-

  1. Indeks kekeruhan bagi air terawat di Malaysia adalah 2, tetapi indeks kekeruhan air AKSB adalah pada skala 9.
  2. Rizab air minimum di Malaysia adalah 30% tetapi rizab air di Kelantan hanya 6%.
  3. Tekanan minimum air ialah 80% tetapi tekanan air AKSB hanya 42%.
  4. Purata peratus kehilangan air tidak berhasil (NRW) di bawah AKSB ialah 50% sedangkan purata di Malaysia hanya 35%.
  5. Purata liputan bekalan air terawat di Malaysia ialah 75% tetapi liputan AKSB hanya 55%.

Sebelum ini Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) telah menyediakan air yang keruh dan berselut, air keluar setitik-setitik, kadang-kadang banyak angin dari air dan kali ini AKSB telah memasukkan angka RM50 pula dalam bil bulanan, ini kononnya sebagai bayaran cagaran baru.

Walaupun pengguna lama yang berpuluh tahun tetap dikenakan cagaran setiap bulan, ia seolah-olah cagaran bagi yang baru memohon bekalan air dari AKSB.

Ihsan Media Social
Gambar Ihsan Media Social

Bagaimana pula dengan cagaran lama? Disini membuatkan ramai pengguna yang tidak faham dengan maksud cagaran yang dikenakan setiap bulan oleh AKSB dan tak faham dengan pentadbiran kerajaan Islam ini.

Rakyat Kelantan tertanya-tanya, cagaran tambahan ini untuk apa sampai RM50? Tiba-tiba je dimasukkan dalam bil setiap bulan?

Dengan senang kerajaan PAS Kelantan kaut duit rakyat secara berhemah dan jujur. Hanya memasukkan tajuk dan angka saja boleh dapat berjuta-juta dalam sekelip mata saja.

Rakyat Kelantan mohon jawapan dari pihak AKSB atau Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Advertisements

One thought on “AKSB “Rompak Berhemah” Duit Rakyat Kelantan?

    AKSB “Rompak Berhemah” Duit Rakyat Kelantan? said:
    February 21, 2017 at 10:36

    […] Kelantan News: […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s