Fitnah Projek SKMM RM2.7 Juta,! Annuar Musa Saman Ahli Lembaga Pengarah Mara?

Posted on

annuar-musa-vs-nazir

PUTRAJAYA: Semalam seorang pengarah pemasaran syarikat Unique Dynamic Sdn Bhd telah membuat laporan kepada Polis dan SPRM terhadap bekas Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan sebuah Yayasan Persahabatan Malaysia (Permai) dikaitkan dengan Annuar Musa yang dikatakan melakukan penyelewengan dana RM2.7 juta.

dalang-report

Mohd Aizli Shahar Abdul Malek Shahar bekas calon Exco Pemuda Pusat (orang kuat Nazir Hussin- Exco Pemuda dan Ahli Lembaga Pengarah Mara) mendakwa dirinya Pengarah pemasaran syarikat membangunkan perisian komputer bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

lapor-annuar-musa-1

lapor-annuar-musa2

Bagaimanapun kurang 24 jam Aizli Shahar menarik balik laporannya kepada polis dan SPRM dan mengaku wujudnya salah faham antara mereka.

Baca: Pengadu tarik balik laporan terhadap Annuar Musa kerana salah faham

lapor-tam3

Hari ini Annuar Musa menjawab spekulasi pemimpin MT UMNO dalam kenyataannya di facebook menafikan tuduhan Mohd Aizli yang dikatakan bermotif jahat, fitnah dan memburukkan namanya.

lapor-tam4

“Apa motif tlapor tam4.jpguduhan tanpa asas dan siapa dibelakangnya?. Kita terpinga-pinga di buatnya berikutan adanya laporan polis dan SPRM. Kemudian dengar pulak laporan polis ditarik balik kerana sudah selesai secara baik”. katanya.

Annuar Musa juga telah menghubungi SKMM bertanyakan dana projek RM2.7 juta itu dan SKMM mengesahkan tidak ada pemberian geran Projek Perisian komputer untuk SKMM. jadi tuduhan itu tidak berasas katanya.

Baca: Annuar Musa sekali lagi dilapor SPRM kerana dana geran SKMM?

Kata Annuar Musa lagi, syarikat Unique Dynamic Sdn Bhd tidak mempunyai kontrak dengan Yayasan Permai tetapi dengan satu syarikat lain yang melibatkan ‘deal’komersil biasa antara dua pihak dan tidak sedikit pun melibatkan SKMM. Segala urusan tersebut adalah urusan yayasan sendiri dan bukan untuk SKMM atau dibiayai SKMM.

retana-tsam

lapor-tsam6

Syarikat yang didakwa membuat laporan polis dalam satu surat mengesahkan Mohd Aizli Shahar bertindak atas kapasiti individu bukan arahan syarikat itu. Terdapat pihak yang sengaja memfitnahnya. Beliau tidak teragak-agak akan menggunakan tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya.

“Cukuplah saya membiarkan “PIHAK TERTENTU” bebas dengan tindakan mereka”

“Apapun eloklah perkara ini diserah pada peguam untuk tindakan selanjutnya mengikut jalur undang-undang. Enough is Enough”. Tegas Annuar Musa.

Sebelum ini ketika Annuar Musa berada di luar negara Ahli Majlis Mara bermesyuarat untuk menggugurkan Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara didalangi oleh Nazir Hussin Ahli Lembaga Mara kerana tidak berpuas hati dengan pengerusi mara itu.

Kes itu berpanjangan apabila ada pihak yang menyokong Annuar Musa melaporkan kepada SPRM mengenai Nazir selaku ahli lembaga pengarah yang mendapat projek kawalan keselamatan dan tanah di MARA.

Menurut sumber tindakan Mohd Aizli Shahar didalangi oleh Nazir Hussin untuk membuat laporan polis dan SPRM. Kes juga akan disiasat sama ada Aizli memberi laporan palsu kepada PDRM dan SPRM.

Walaubagaimanapun tindakan SPRM dalam satu kenyataan media semalam yang mengesahkan menerima laporan dakwaan terhadap Ahli MT UMNO berasaskan laporan polis itu tidak disenangi netizen kerana nampak bermotif dan spekulatif.

— GodEye4SPRM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s