[Video] Kisah Benar Di Sebalik Pembunuhan Karektor Tan Sri Annuar Musa Oleh MARA

Posted on Updated on

Kami telah bertemu ramai tokoh. Salah satu sebabnya adalah kami mahu mendengar sendiri dari mulut tuan punya diri apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa berlaku? Semalam kami bertemu sendiri dengan Tan Sri Annuar Musa (TSAM). Sebelum ini kami tidak pernah bertemu, beliau mungkin pernah membaca rencana saya di dada akhbar, tetapi saya tidak pernah menemui beliau 4 mata. Dalam pertemuan semalam, kami bertanya bermacam-macam. Saya mahu kongsikan dengan anda.

Pertama, saya mendapati orang ramai banyak tertipu oleh cerita dalam internet, dan tidak menerima info details. Sebab itu juga saya mahu membantu orang ramai memberitahu perkara yang saya temui ini. Sama seperti isu Aramco melabur di Pengerang, sebenarnya Aramco tidak melabur di keseluruhan projek Pengerang pun, tetapi satu bahagian sahaja daripada banyak bahagian lain. (Rujuk penerangan Datuk Rahman Dahlan di parlimen yang diterima oleh wakil-wakil rakyat DAP juga).

Kedua, penggunaan ayat ‘MARA di bawah TSAM terlibat meluluskan tajaan kepada The Red Warrior. Sdn Bhd. adalah tidak tepat’. Ia satu tipu helah terancang. Tahukah anda, sehingga ke hari ini TSAM tidak pernah dipanggil untuk memberi penjelasan. Kesilapan besar Audit Dalaman MARA ialah menyamakan TWR seperti yang dinyatakan dalam kertas yang meluluskan tajaan itu, yang sebenarnya merujuk kepada nama timangan pasukan negeri dan bukan nama syarikat.

Sebenarnya hal permohonan tajaan oleh syarikat milik KAFA iaitu TRW Sdn Bhd diluluskan secara pentadbiran bukan diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah MARA. Paling mengejutkan ialah kelulusan itu tidak dimaklumkan kepada TSAM pun semasa mereka tandatangan kontrak itu 4 bulan selepas bajet pemasaran meluluskannya untuk bajet 2016. Tetapi Audit Dalaman melapor kononnya TSAM terlibat meluluskan tajaan kepada syarikat berkenaan. Fakta seperti ini pembaca tidak ketahui. Saya mendapati TSAM dimangsakan secara tidak adil.

Datuk Dr Yusof Yaacob

Ketiga, keputusan menggantung TSAM juga tidak dilaksanakan walaupun pengerusi mesyuarat, Datuk Dr Yusof Yaacob telah mengumumkan penggantungan. Sebaliknya TSAM menerima surat dari YB Menteri KKLW lebih dari seminggu kemudian tetapi isu surat itu hanya memaklumkan TSAM hanya “direhatkan” dari tugas rasmi sehingga ke tarikh yang akan diberitahu. Ianya dibuat di bawah kuasa Menteri dan bukannya kuasa Ahli Majlis MARA. Isunya, kenapa ada dua perbezaan tindakan? Kenapa keputusan kelihatan caca-merba dan tidak proper?

MAXIMUM DAMAGE

Sebelum keputusan Menteri KKLW, ahli Majlis MARA telah mengumum di depan media bahawa SPRM telah bertindak pada hari yang sama keputusan mesyuarat menggantung TSAM! Perkara ini sangat pelik, kerana orang ramai akan bertanya kenapa ahli Majlis MARA dan SPRM bertindak serentak! Ianya adalah satu perancangan jelas untuk menamatkan karier politik dan bolasepak TSAM secara gelojoh dan kelam-kabut.

Saya bertanya TSAM adakah beliau ada bertemu PM untuk menjelaskan isu ini. Saya sangat terkejut kerana TSAM tidak terkinja-kinja mencari PM, sebaliknya TSAM hanya bertemu PM selepas lebih sebulan isu tersebut meletup, itu pun kebetulan ada mesyuarat BN di Seri Perdana.

Dalam pertemuan itu, TSAM sangat terkejut apabila diberitahu ada pihak tertentu menyampaikan pelbagai info kepada PM kononnya TSAM melakukan bermacam salahlaku dalam MARA seperti mengubah minit mesyuarat majlis, memanipulasi laporan penilaian tanah dan sebagainya. Malangnya tuduhan itu tidak dibuktikan.

INTEGRITI

Ramai tidak mengetahui bahawa mesyuarat khas untuk menggantung TSAM telah dirancang awal berikutan satu krisis dalaman yang berlarutan sejak beberapa bulan sebelumnya. Dua minggu sebelum itu, TSAM sudah pun diugut. Ianya berkisar sekitar masalah kuasa dan kepentingan pihak tertentu dalam MARA. Ada yang merasakan TSAM cuba menjadi lebih besar dari Menteri dan mereka merasakan TSAM penghalang kepada beberapa rancangan mereka.

Ini berkaitan ketegasan TSAM tidak bekerjasama dalam cadangan projek pembelian aset dan cadangan penstrukturan MARA oleh pihak tertentu. Situasi ini diambil peluang oleh ahli Majlis tertentu yang kecewa kerana hajat mereka terhalang dengan ketegasan TSAM. Mereka menuduh TSAM tidak mendengar arahan Menteri  dan membelakangkan Menteri.

Hal ini menjadi semakin ketara setelah TSAM melakukan rombakan beberapa jawatankuasa Majlis pada akhir tahun 2016 di mana ahli Majlis terpaksa ditukarkan tugas dari satu Jawatankuasa ke Jawatankuasa lain. Ini turut melibatkan ahli Majlis tertentu dan beliau membuat aduan kepada Menteri. Setiausaha Majlis memberitahu TSAM mengenai ketidakpuasan hati ahli Majlis tertentu. Sejak dari itu itulah ahli Majlis berkenaan melakukan pelbagai tuduhan untuk membuang TSAM sebagai Pengerusi MARA.

Pada bulan Januari 2017, berlaku kebocoran dokumen dalaman MARA mengenai tajaan pasukan bolasepak oleh sebuah anak syarkat MARA dalam satu posting di Facebook HS. Posting itu bersifat fitnah, tetapi ahli Majlis berkenaan sanat gembira dan dalam group whatsapp ahli Majlis MARA di mana beliau mempertikaikan beberapa perkara walaupun penjelasan diberikan oleh TSAM sendiri.

TSAM memutuskan untuk memanggil mesyuarat khas ahli Majlis pada 17/1/17 bagi membolehkan penjelasan dibuat. Malangnya semua mereka memberi alasan sibuk dan tidak dapat hadir. Seterusnya TSAM memberikan 3 tarikh lain, itu juga mereka tidak diendahkan.

Pada 21/2/17, TSAM menerima ugutan dalam group whatsapp ahli Majlis MARA bahawa ahli Majlis tertentu mahu menulis surat kepada PM dan Menteri supaya TSAM disiasat berkaitan isu tajaan pasukan bolasepak Kelantan. Hingga saat ini TSAM tidak pernah dipanggil untuk memberi sebarang penjelasan sama ada oleh Majlis MARA atau Audit Dalaman MARA. Sebaliknya TSAM terus dihukum secara pentadbiran berdasarkan persepsi dan publisiti buruk oleh media yang telah dirancang.

Ramai tidak pun mengetahui punca krisis dalaman MARA adalah dari keengganan TSAM memberi kerjasama kepada perancangan beberapa individu tertentu terutama mereka yang berhasrat menggunakan kedudukan mereka untuk memperkayakan diri menerusi MARA.

TANAH

Bermula dengan isu memajukan sebidang tanah milik MARA di Jalan Conlay di segi tiga emas KL dengan GDV hampir RM2 Bilion. Kedua, isu cadangan membeli tanah di Bangi. Ketiga, isu meroboh dan memajukan semula Plaza Anggerik Mall hampir RM800 juta di atas tanah MARA di Shah Alam yang turut melibatkan ahli Majlis tertentu.

Beberapa kali TSAM menegurnya dalam mesyuarat Majlis. Beliau juga beberapa kali menemui TSAM dengan menjual nama pihak atasan untuk meyakinkan TSAM supaya menyegerakan kelulusan namun TSAM tetap dengan Ketegasan bahawa segala-galanya wajib mengikut prosedur dan peraturan MARA dan mesti dikendalikan secara berintegriti dengan mendahulukan kepentingan MARA.

Setelah jelas keterlibatan ahli Majlis tertentu dalam perniagaan peribadi melibatkan MARA serta beberapa percubaan mengatur projek dgn membelakangkan Majlis, maka TSAM merasakan rombakan JK Majlis MARA yang dilakukan akhir tahun lalu sebagai satu langkah wajar walaupun menimbulkan kekecewaan yang amat sangat kepada pihak tertentu dan menjadi punca ketidakpuasan hati kerana menghalang rancangan yang diatur olehnya. Kepada TSAM, integriti MARA lebih penting dari terus membiarkan MARA menjadi tunggangan untuk memperkayakan mana-mana individu.

Selain itu, TSAM juga kurang bersetuju dengan syor memindahkan aset MARA kepada MARA Corporation dan percubaan melibatkan nama PM dan Menteri dalam struktur baru syarikat induk (holding company). TSAM tidak bersetuju dan TSAM mahu ia dikaji dengan mendalam!

TSAM menegaskan sepanjang hampir 4 tahun di MARA, TSAM tidak pernah dan tidak akan berkompromi soal integriti dan amanah rakyat walaupun TSAM cuba difitnah dan isingkirkan dengan pelbagai cara. Berulang kali soal integriti TSAM sebut dalam Mesyuarat Majlis. Beberapa kali TSAM mengingatkan dengan menggunakan istilah “serigala yang cuba mengambil kesempatan” dari agensi kerajaan secara tamak haloba dengan memperalatkan orang dalam.

Sebagai contoh, dalam isu pembelian aset di Australia, adalah jelas adanya kelemahan berpunca dari dalaman MARA. Oleh sebab itulah, TSAM dan Majlis membuat keputusan supaya susulan kepada laporan Audit Dalam dibuat MARA perlu melantik pihak Auditor luar dan bebas, Price Waterhouse Cooper untuk melakukan audit lebih detail termasuk audit forensik jika perlu supaya MARA mendapat maklumat dan pandangan yang tepat untuk mengatasi kelemahannya. Malangnya, hingga hari ini keputusan itu tidak dilaksanakan.

Kegagalan melaksanakan tadbir urus yang baik bukan saja dilihat dari urusan pembelian aset luar negara, tapi banyak projek dalam negara yang gagal dilaksanakan dengan sempurna termasuk usaha memajukan tanah MARA di Jalan Semarak, tanah Jalan Chan Sow Lin, tanah di Kota Kinabalu yang semuanya telah melebihi 5 tahun dan gagal disiapkan. Beberapa projek pembinaan MRSM dan IPMA telah bertahun-tahun tergendala dengan kos semakin berganda seolah menjadi satu perkara biasa.

Terkini, fasa awal pembangunan Asia Aerospace City di Subang dengan kos ratusan juta ringgit mejadi projek gajah putih. TSAM telah menegur berkali-kali hal ini tetapi tidak disenangi. Punca utama adalah kerana kepentingan pihak tertentu dilayani dan ia melibatkan orang dalam. Justeru di era TSAM, TSAM mengambil sikap untuk lebih teliti dan bertekad tidak membiarkan amalan lama ini berterusan.

TENDER

Malangnya dalam MARA, Pengerusi MARA dan Majlis tiada sebarang kuasa dalam JK tender dan perolehan di mana JK tender A dipengerusikan oleh KSU dan JK tender B oleh Ketua Pengarah. Sepanjang hampir 4 tahun TSAM menjadi pengerusi dan ahli Majlis MARA, TSAM tidak terlibat dengan sebarang tender atau perolehan malah tidak pernah dimaklumkan tentang apa pun keputusan JK tender sama ada JK tender A atau JK tender B.

Namun kedengaran rungutan dan dakwaan campurtangan pegawai tertentu dalam urusan tender dan pernah juga berlaku keputusan tender dibaiki selepas keputusan di buat. Pernah wujud semacam kartel di mana orang yang sama membolot beberapa tender dengan mengguna nama syarikat berlainan. Semua ini telah TSAM tegur secara terbuka beberapa kali termasuk dalam mesyuarat Majlis.

Pengerusi MARA secara individu tiada sebarang kuasa. Punca kuasa hanyalah Majlis MARA yang TSAM pengerusikan seperti termaktub dengan jelas dalam akta MARA. Kuasa Majlis pula ada yang bersifat mutlak dan ada yang bersifat tertakluk pada kuasa menteri dan menteri kewangan. Ini juga perlu dihormati. MARA perlu diurus oleh Majlis dan bukan semua perkara harus di micro managed oleh individu atau kementerian. Perkara ini sering menimbulkan konflik soal kuasa terutama bila terpaksa menangguh atau memperbetulkan arahan bagi mempastikan peraturan diikuti.

 

UEC

Hal UEC juga ramai orang tidak jelas apa yang dinyatakan oleh TSAM. Pendirian TSAM mengenai UNIKL dan UEC adalah jelas. Dasar kerajaan membenarkan IPT Swasta dan Kolej Perguruan Swasta menerima sijil UEC dipertahankan. UNIKL harus menerima kemasukan pelbagai sijil lulusan dalam dan luar negara. UNIKL perlu bersifat multiracial dan global in nature. Ia tidak membabitkan atau menjejaskan exclusivity tajaan MARA untuk pelajar Melayu dan bumiputera di UNIKL.

Sebagai bekas Menteri KKLWB dan bekas pegawai kanan badan berkanun, Pengerusi Fama, Kada dan Mara, TSAM sangat memahami peraturan peraturan ini. Justeru ketegasan TSAM dalam perkara tertentu bukan sengaja diada-adakan untuk ingkar atau mahu menjadi lebih besar dari sesiapa tetapi sebagai seorang pemimpin parti TSAM bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas secara beramanah dan berprinsip. Agensi yang diamanahkan tidak boleh menjadi tempat memperkayakan diri sendiri atau sebagai loncatan politik peribadi.

Justeru apabila timbul syor dengan alasan ingin menjaga integriti atau untuk menjaga keyakinan rakyat terhadap MARA, TSAM tidak teragak-agak menyokongnya dan berharap ianya sesuatu bersifat bona fide Iaitu berniat jujur dan bukan secara terpilih. TSAM gembira apabila benchmark integriti MARA diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi di mana tuduhan yang viral di media sosial sekalipun harus membawa ke penggantungan tugas serta merta sebelum siasatan dalaman dilakukan.

Difahamkan dengan merehatkan TSAM, kini sedang giat dibuat beberapa keputusan yang selama ini terhalang oleh TSAM. Pengerusi sementara dilantik dalam keadaan TSAM masih lagi pengerusi. TSAM mengikuti setiap perkembangan dalam MARA.

Sehubungan dengan itu TSAM merasakan siasatan dalaman perlu terus dilakukan atas percubaan melibatkan diri oleh mana-mana pihak di MARA dalam perniagaan yang berkaitan dengan MARA.

Begitu juga ahli Majlis yang ada kepentingan perniagaan dengan MARA harus mengistiharkannya dan eloklah berundur dari menjadi ahli Majlis MARA.

Contohnya sisatan perlu dilakukan kenapa soal tajaan pelajar UNIKL/IPMA masih lewat hingga setahun sedangkan majlis MARA sudah membuat arahan dan keputusan mengenainya berkali-kali termasuk untuk menggunakan pinjaman dari dana endowment sebanyak RM500 juta supaya masalah pelajar segera diatasi.

Siasatan dalaman juga harus dilakukan kepada projek yang kelewatan dan bermasalah.

Begitu juga siasatan tentang kenapa keputusan majlis supaya ada external and independent auditor dilantik berkaitan pembelian aset luar negara  tapi tidak di laksanakan. Campurtangan dalam urusan tender jika benar berlaku mesti dihentikan.

Perbelanjaan ratusan juta untuk Asia Aerospace City yang kini tidak berfungsi terutama pembinaan hanger pesawat yang tidak dapat digunakan perlu di audit, perlaksanaan AEC seterusnya perlu kajian viabiliti yang terperinci, supaya projek dilaksanakan bukan untuk memenuhi kepentingan kontraktor yang mendapat projek tapi benar-benar satu keperluan menyempurnakan peranan MARA sebagai sebuah agensi amanah, khususnya memajukan kaum bumiputera.

Sebab itu isu tajaan pasukan bolasepak yang dilakukan berdasarkan pertimbangan komersil menurut peraturan serta menggunakan bajet branding dan marketing sedia ada, tapi sebaliknya TSAM dituduh memaksa  menggunakan dana penajaan pelajar MARA, ianya ternyata satu fitnah.

TSAM tidak pun terlibat dalam meluluskan tajaan tersebut yang dibuat berasaskan merit dan pertimbangan komersial yang diurus secara pentadbiran saja. Dana pelajaran langsung tidak terlibat.

TSAM berharap integriti MARA terus menjadi agenda utama dan amalan menjadikan mara umpama pusat skim cepat kaya ditamatkan. Amalan menggunakan MARA untuk politik peribadi semata-mata juga harus diberhentikan oleh semua pihak. Peranan asas MARA mesti diutamakan, prestasi serta kepentingan agenda penubuhannya.

Pendirian TSAM dalam menjalankan tugas sebagai Pengerusi MARA mungkin tidak disenangi pihak tertentu namun TSAM tetap memastikan soal integriti dan amanah tetap menjadi perkara yang tidak dikompromikan sama sekali walau apa pun tekanan cuba dikenakan terhadap TSAM.

Parlimen diberitahu SPRM sudah selesai menyiasat kes TSAM. Parlimen juga diberitahu pihak yang membuat tuduhan tidak perlu dipanggil. TSAM berserah sepenuhnya kepada pihak penyiasat, TSAM tiada apa yang mahu disembunyikan.

Urusan bolasepak hanyalah urusan sukarela TSAM tanpa sebarang kepentingan peribadi. Paling penting, TSAM tidak terlibat dalam meluluskan tajaan tajaan tersebut. (J)

TAMAT.

Advertisements

3 thoughts on “[Video] Kisah Benar Di Sebalik Pembunuhan Karektor Tan Sri Annuar Musa Oleh MARA

    […] kelantannews – Kami telah bertemu ramai tokoh. Salah satu sebabnya adalah kami mahu mendengar sendiri dari mulut tuan punya diri apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa berlaku? Semalam kami bertemu sendiri dengan Tan Sri Annuar Musa (TSAM). Sebelum ini kami tidak pernah bertemu, beliau mungkin pernah membaca rencana saya di dada akhbar, tetapi saya tidak pernah menemui beliau 4 mata. Dalam pertemuan semalam, kami bertanya bermacam-macam. Saya mahu kongsikan dengan anda. […]

    Like

    Mohamad Kuala Lumpor said:
    April 3, 2017 at 10:32

    Kasihan TS Anuar, jadi mangsa keadaan

    Like

    […] kelantannews – Kami telah bertemu ramai tokoh. Salah satu sebabnya adalah kami mahu mendengar sendiri dari mulut tuan punya diri apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa berlaku? Semalam kami bertemu sendiri dengan Tan Sri Annuar Musa (TSAM). Sebelum ini kami tidak pernah bertemu, beliau mungkin pernah membaca rencana saya di dada akhbar, tetapi saya tidak pernah menemui beliau 4 mata. Dalam pertemuan semalam, kami bertanya bermacam-macam. Saya mahu kongsikan dengan anda. […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s