Bandar Laguna Tumpat; “Misteri Kota Islam Ghaib”

Posted on

Di tahun 90an dulu, pernah berlangsung upacara gilang-gemilang perasmian projek memajukan kawasan laguna Tumpat. KDYMM Sultan Ismail Petra telah mencemar duli, turun merasmikan projek pembangunan mega yang diusahakan kerajaan Islam Pas Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada waktu itu.

Aku dan kawan-kawan tidak melepaskan peluang untuk turut serta di majlis bersejarah itu. Majlis dimeriahkan lagi dengan kemunculan Tuan Puteri al-Sultan, Tengku Amalin Aisyah. Kami budak-budak kampung pakat bergatal mencuri-curi pandang Yang Mulia Tuan Puteri yang pada masa itu masih di awal usia remaja.

“Ala, sirap je diaorang bagi minum tuan puteri.” Kata hati aku. Padan lah, kami budak-budak kampung tukang bagi ramai je pun. Apa pun tak jamu. Kalau dapat nasi sebungkus pun dah ok!!

Dalam majlis itu, kami bertakbir bersorak gembira mendengar pengisytiharan Tok Guru Nik Aziz untuk memajukan Tumpat sebagai sebuah Bandar Laguna.

Kami para pengunjung di tunjukkan ilustrasi yang memberi gambaran tentang pembangunan yang dijanjikan.

Mantap, sebuah bandar Islamik dengan prasarana lengkap merangkumi perumahan awam, masjid yang besar, hotel, resort peranginan dan marina.

Kawan aku yang masih berusia belasan tahun turut mengambil  borang permohonan membeli rumah di situ. Aku termangu, kat budak pun dah jual deh!

Itulah charita kemajuan sebuah negeri di bawah pemerintahan Kerajaan Islam Pas. Kata-kata Tok Guru menjadi pegangan dan aqidah kami; siapa kata.. sokong Pas tak ada pembangunan!!

Hari ini kita boleh melihat kemajuan dan syurga dunia yang dijanjikan pemimpin ulamak tu. Usahkan kelibat sebuah bandar yang maju lengkap berprasarana, batu nesan yang menjadi mercu perasmian projek pun entah ke mana hilang! Ajaib, bukan sekadar tak terkesan kewujudan kota peranginan islamik itu, kewujudan di atas kertas pun bagai dihapuskan. Tiada menjadi sebutan.

Hikmah : Syukurlah. Kehijauan alam laguna Tumpat masih kekal.

Sebuah coretan: Hasan Basri Omar

Batu asas pembinaan jambatan ini dibina pada tahun 1996 dalam percubaan pertama untuk menghubungkan Palekbang ke Penambang, tapi gagal. Percubaan kedua juga gagal sehingga hari ini 2017.

Batu Asas Pecah Tanah Pembinaan Lebuhraya Rakyat [LERAK]
Batu Asas Pecah Tanah Pembinaan Stadium Negeri Kelantan

Rakyat Kelantan pastinya tidak lupa akan janji-janji PAS untuk membina sebuah stadium baru di Bukit Merbau dan juga membina sebuah lebuhraya tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang diberi nama Lebuhraya Rakyat.

Lebuhraya yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan bernilai RM1.9 billion, manakala stadium baru di Bukit Merbau bernilai RM159 juta.

Projek Lebuhraya Rakyat dikatakan akan dimulakan pada bulan Mei 2012 manakala projek stadium di Bukit Merbau dikatakan akan dimulakan pada bulan Mac 2012.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s