SKMM Berkongsi Sebab Yang Memungkinkan Pentadbir Pada Aplikasi Permesejan Diambil Tindakan

Posted on

Pada minggu ini, salah satu isu yang dibincangkan hangat adalah berkaitan dengan pentadbir pada kumpulan dalam aplikasi permesejan seperti WhatsApp yang boleh dipenjara sekiranya terdapat sebaran berita palsu. Lanjutan daripadanya, kini pihak SKMM berkongsi lanjut mengenai perkara berkenaan.

Menurut SKMM, perbualan pada aplikasi permesejan seperti WhatsApp, Telegram, WeChat, Viber dan sebagainya adalah bersifat persendirian. Siasatan hanya akan dilakukan sekiranya terdapat aduan mengenai apa yang dikongsikan atau disebarkan pada perbincangan kumpulan dalam aplikasi berkenaan.

Kesalahan ini tertakluk kepada kesalahan penyebaran maklumat palsu dibawah undang-undang Malaysia, termasuk seksyen 233 AKM 1998.

Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi seperti Whatsapp, untuk membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Secara tidak langsung, ini bermakna siapa sahaja yang bersalah menyebarkan maklumat palsu akan didakwa – dan bukannya khusus kepada pentadbir sesuatu kumpulan berkenaan sahaja.

Walaubagaimanapun, menurut SKMM, seseorang pentadbir akan dipertanggungjawabkan sekiranya:

  • Apabila pentadbir sendiri membuat komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 233 AKM 1998;
  • Apabila pentadbir, walau pun dengan sendirinya tidak membuat komen tersebut, meminta komen sedemikian daripada yang lain;
  • Apabila pentadbir membantu, melalui hasutan, mana-mana orang lain dalam kumpulan untuk membuat komen tersebut;
  • Apabila pentadbir menghalang siasatan terhadap komen sedemikian oleh mana-mana agensi penguatkuasaan.

Seperti biasa SKMM menasihatkan pengguna menggunakan sebarang aplikasi permesejan atau media sosial secara berhemah, dan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu. Disamping itu, SKMM juga sedang mempertimbangkan keperluan menyediakan garis panduan untuk menggunakan aplikasi permesejan dan seumpama dengannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s