Mohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia [RMR1M]

Posted on

RMR1M

RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA

SPNB Mesra Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2002 pada awalnya adalah sebagai ‘Special Purpose Vehicle’ untuk melaksanakan Skim Rumah Keluarga Nelayan di Terengganu. Konsep ini kemudiannya diperluaskan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah, tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah yang usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa yang kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun*.
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau

* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)

 

CARA-CARA MEMOHON

Sila klik imej RMR1M Online untuk membuat permohonan secara atas talian

CIRI-CIRI & JENIS RUMAH YANG DITAWARKAN

  • Untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri dan jenis rumah sila ke pautan ini [RMR1M]

 

RINGKASAN PROGRAM

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Syarat tanah adalah tertakluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan

CIRI-CIRI REKABENTUK

  • Rumah Sesebuah Satu (1) Tingkat
  • 3 Bilik & 2 Bilik Air

KAEDAH PEMBIAYAAN

  • Tunai
  • Melalui pinjaman bank/mana-mana institusi kewangan

PAKEJ TAMBAHAN YANG DITAWARKAN*

  • Penyediaan tapak
  • Kabinet dapur
  • Lengkapan almari
  • Sistem keselamatan
  • Pagar
  • Penukaran spesifikasi bumbung

Sumber – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s