Main Puteri – Perubatan Tradisional

Posted on Updated on

Main Puteri, atau disebut juga ‘Main Teri’, Main Peteri merupakan seni tradisi Melayu yang sering dikaitkan dengan perubatan Melayu.

Ianya merupakan satu upacara atau seni perubatan tradisional yang diamalkan oleh keturunan Melayu kelantan dahulu kala. Kebiasaannya permainan Main Teri adalah bertujuan pengubatan semangat dan kejiwaan yang digunakan dalam masyarakat Melayu Kelantan-Pattani atau lebih dikenali pesakit angin / ‘pelepas angin’ yang dihadapi oleh pesakit.

 

Sebelum majlis dimulakan, ia dimulai dengan bacaan doa selamat yang menampilkan Tok Puteri mempersiapkan diri sambil membaca doa tertentu manakala Tok Minduk yang dibantu oleh 10 atau 11 orang anggota akan mengiring main puteri dengan iringan tiupan serunai dan pukulan rebab, gendang ibu, gendang anak, gedombak ibu, gedombak anak, tetawak dan canang, sebelum bertih dan beras kunyit ditabur di ke empat penjuru ruang. Kebiasaannya rawatan diadakan pada sebelah malam, ada kalanya dalam tempoh dua atau tiga jam, malah berlarutan hingga pagi.

Main Puteri dianggotai oleh dua watak utama iaitu Tuan Puteri dan Tok Minduk yang bermain rebab dan diiringi oleh paluan gendang ibu dan anak. Ketika Tuan Puteri lupakan diri, semangat halus akan meresap kedalam tubuh Tuan Puteri dan tok minduk akan menyoal makhluk halus tersebut untuk memastikan punca penyakit.

Main Puteri akan dimainkan selama satu sehingga tiga malam untuk tujuan berubat penyakit disebabkan oleh rasukan maklus halus, hilang semangat, ketidak seimbangan tenaga dalaman, dan juga oleh gangguan angin (kehendak yang tidak dipenuhi.) Main Puteri diiringi oleh peralatan muzik sama dengan Mak Yong seperti rebab (alat muzik bertali tiga), gendang dua kepala, dan tetawak.

Upacara pengubatan ini selesai pada jam 2.30 pagi 8 Julai 2017.
Video agak gelap sedikit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s