Dagangan Kredit Karbon,! Projek REDD Kelantan Tak Salah?

Posted on Updated on

 

Tapi banyak kesangsian dengan syarikat climate protectors dan ecobit sejuta ekar jadi milik syarikat selama 30 tahun. Apa untung negeri?

Assalamualaikum… (EPISOD PERTAMA)

AMBO cuba mencari pendekatan untuk memahamkan pembaca dalam isu dan kemelut pemberian Tanah Sejuta Ekar oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada Syarikat Climate Protectors dan Ecobit Asia Sdn Bhd. AMBO tidak akan mampu meringkaskan beberapa fakta penting yang melibatkan tarikh dan term yang harus difahami pembaca. Sudah pasti untuk menggali sesuatu secara tuntas ianya memerlukan pengkajian dan pemahaman yang perlukan kesabaran dan fokus.

Baca: KELANTAN CIPTA SEJARAH DALAM DAGANGAN KREDIT KARBON

1. Pada 9 Januari 2017 satu Perjanjian antara Kerajaan Negeri yang diwakili Menteri Besar Dato Ahmad Yakob dan CLIMATE PROTECTORS diwakili Tang Too Siah @ TS Tang. Dalam PERJANJIAN ini Satu Juta Ekar (25% dari keseluruhan Keluasan Negeri Kelantan) tanah milik Kerajaan Negeri Kelantan diserahkan kepada Climate Protectors. Wowww!!! Suku tanah negeri diberikan kepada syarikat CP ini. 2 tahun pertama ini merupakan jangkamasa pengkajian dan CP harus menyediakan laporan audit untuk mengenal pasti jumlah karbon yang boleh dineutralkan dari jumlah Sejuta ekar hutan ini melibatkan Hutan Simpan Perlindungan dan Taman Negara ini. Dalam jangkamasa ini CP akan membayar sebanyak RM 10 juta kepada Kerajaan Negeri walau Credit Carbon ini belum lagi niagakan. Hebat syarikat ni.. Belum berniaga dah boleh bagi untung kepada kerajaan negeri.

2. TS TANG merupakan pemilik tunggal Ecobit dan merupakan minor shareholder yaitu memegang sebanyak 90, 000 saham dalam Climate Protectors Sdn. Bhd. Antara pemegang saham lain dalam CPSB ialah Che Aziz Abd Rashid sebanyak 120, 001 saham, Anuar Rajib 195, 001 saham dan Siti Syakirah Yusof sebanyak 195, 000 saham.

3. Untuk difahami ialah Carbon Trading merupakan sebuah bentuk Dana di bawah United Nation (UN) yang mengumpul dana dari Negara-negara Maju yang mana memiliki kilang-kilang besar yang melepaskan karbon dari kilang-kilang mereka. Untuk mengimbangi pengeluaran karbon ini syarikat-syarikat ini harus menyumbang kepada tabung tersebut untuk UN mengimbangi pengeluaran karbon tersebut dengan pemeliharaan hutan-hutan Simpan Perlindungan yang akan mengeluarkan oksigen kepada dunia yang bakal mengimbangkan dan meneutralkan karbon dari industri-industri perkilangan. Itu asasnya. Term REDD (Reducing Emissions from Deforestation and Forest Desdradation) merupakan plan yang berada di bawah “United Nation Collaborative Programme”. Dengan kata lain program REDD ini merupakan program untuk mengekalkan hutan-hutan tanpa di teroka untuk mengekalkan sumber oksigen untuk mengimbangi kualiti udara dari pencemaran karbon yang dilepaskan oleh industri-industri besar yang tidak dapat di elakkan. Fahamm???

4. 17 Febuari 2017 – Dato Junaidi, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengeluarkan kenyataan perjanjian antara Kelantan dan CP tidak memenuhi syarat UNFCCC yang harus di PATUHI.

5. 9 April 2017 – Ecobit telah melancarkan Cryptocurrency dalam bentuk Bitcoin atau ICO “Initial Coin Offering” untuk menjana modal dalam Projek REDD Kelantan. Ianya dijual dalam bentuk “Digital Coupon atau TOKEN”. Pelaburnya bukan dari makcik minah atau pak arun dari cabang empat atau pak kub dan mak teh limah dari Pasir Pekan tetapi dari pelabur-pelabur seluruh dunia yang mencintai alam sekitar dan mencintai penjanaan keuntungan dari hasil perniagaan dengan mencagarkan keluasan Sejuta Ekar yang telah diserahkan kepada Climate Protectors. Dalam website Ecobit menyatakan telah mengumpul sebanyak $5 million USD bersamaan lebih RM20 juta dalam bentuk Bitcoin 2 hari sebelum ICO ditutup pada 13 Jun 2017.

Credit Carbon belum pun di audit dan masih dalam jangkamasa 2 tahun untuk penilaian tetapi Ecobit sudah memungut duit pelabur seluruh dunia. Apakah ini salah satu bentuk “money laundering” yang di rancang Ecobit dengan menggunakan perjanjian Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengaut keuntungan dan mengumpul duit pelabur seperti MLM atau Sistem Piramid???

Dan apa pula bentuk keuntungan kepada Kerajaan Negeri berbanding keuntungan CP dan Ecobit dan kita berbicara untuk tempoh 30 tahun yang telah dipersetujui.???

6. 23 Jun 2017 – BANK NEGARA MALAYSIA telah mengeluarkan AMARAN berkaitan 2 syarikat (Climate Protectors dan Ecobit Asia) kerana tidak mempunyai kelayakan dan menjalankan perniagaan tanpa kelulusan berkaitan terma dan pengurusan Bank Negara.

Dengan kata lain 2 syarikat ini dikenalpasti sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan yang meragukan disamping kemampuan kewangan yang perlu melalui penelitian semula. Ia juga berkaitan nama pemilik syarikat yang pernah dirujuk dengan syarikat-syarikat terdahulu seperti BTC PANDA yang menjalankan penipuan dalam sistem piramid dan MLM dan telah dihentikan pada 2016 oleh Bank Negara dan ditanda sebagai “Syarikat Scam”

7. 5 Julai 2017 – UNDP (United Nation Development Programme) telah mengeluarkan kenyataan bahawa “UNDP Malaysia is not involved and does not have any partnerships with Ecobit. There are no UN-REDD project or UNFCCC approved REDD project in Malaysia”.

Amacam??? Ia bertentangan dengan kenyataan dengan kenyataan Ecobit dalam website mereka yang menyatakan kerjasama dan menjalankan program dibawah UN-REDD?

UNDP menambah “As of now, we have not been notified of any UN agencies who have partnered with Ecobit”. Sebelum kenyataan ini di keluarkan,  Ecobit telah memadamkan lambang dan logo UN dalam website mereka.

8. Dari keseluruhan kronologi ini AMBO mengharapkan rasional pembaca untuk menilai projek ini dalam kontek diluar pemikiran politik kepartian. Ia melibatkan sejumlah besar tanah yang diwarisi kepada generasi kita. Kita cepat sangat untuk melihat sensitiviti kononnya negara digadai hanya dengan kerja sama pembinaan sistem pengankutan yang menhubungkan negara China. Kita cepat sangat melatah bila perjanjian dengan Arab dalam pelbagai bidang dan menuduh menjual maruah negara tetapi kita dek kata pepatah Kuman diseberang dilihat nampak tetapi gajah di depan mata???… Apakah kita mahu memejam mata atas slogan pemerintahan ULAMAK dan membenarkan jutaan ekar tanah di perintah oleh bangsa lain dan dikaut segala untung dari keluasan tanah itu kepada mereka tanpa memberikan pulangan yang sewajarnya kepada rakyat Kelantan.

Betul tanah tidak tergadai tapi dalam masa 30 tahun kerajaan negeri hilang hak keatas sejuta ekar atau suku dari bumi kelantan. Apakah kita selemah itu untuk melihat dan menghalalkan kerakusan ini berlaku.??

AMBO Menyarankan kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula perjanjian ini agar gidak mengulangi perjanjian-perjanjian terdahulu yang jelas merugikan rakyat Kelantan seperti Liziz Standaco di Lembah Sireh, Bazar Tok Guru dan lain-lain usahasama yang hanya menguntungkan pemaju dan syarikat luar tanpa memberikan sedikit pun impak kepada pembangunan negeri dan rakyat. Banyak perjanjian yang berat sebelah sehinggakan pihak Kerajaan Negeri tidak mampu menamatkan perjanjian tersebut kerana takut didakwa di mahkamah dan perlu membayar gantirugi diluar kemampuan kewangan kerajaan negeri.

BILA LEBAI MULA HILANG PUNCA KANTONG NYA….

Wassalam…

AMBO

15 Syawal 1438H

Advertisements

One thought on “Dagangan Kredit Karbon,! Projek REDD Kelantan Tak Salah?

    […] Dagangan Kredit Karbon,! Projek REDD Kelantan Tak Salah? […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s