Surat Terbuka Kepada YAB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan

Posted on Updated on


SURAT TERBUKA KPD YAB DATO’ MOHD AMAR ABDULLAH, PEMANGKU MENTERI BESAR KELANTAN BERHUBUNG ISU PELAJAR MAAHAD TAHFIZ YG MATI DIBUNUH.

YAB Dato’,

Adalah saya merujuk kpd laporan media dan kenyataan Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dlm status facebooknya bertarikh 10 Jun 2016, jam 11.49 pagi berhubung keputusan Mahkamah Koroner Kelantan oleh Koroner Adli Abd Ghalib dlm prosiding inkues berhubung kematian Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman, 17 tahun, Pelajar Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas 2 tahun yg lalu.

Sebagaimana yg YAB Dato’ tahu, Mahkamah Koroner atas permohonan inkues oleh bapa mangsa, Wan Abdul Rahman Wan Yaakob, 70 thn pada 9 Jun 2016 telah memutuskan kematian pelajar tersebut ada kebarangkalian dibuat oleh orang lain yg menyebabkan kematiannya, tidak menunjukkan si mati telah mengambil nyawanya sendiri. Read the rest of this entry »

SPRM Alukan Penyerahan Rasuah FAM

Posted on Updated on


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan penyerahan maklumat berhubung dakwaan rasuah melibatkan FAM.

Kenyataan SPRM itu dikeluarkan susulan dakwaan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa beliau mempunyai ‘pendrive’ yang mengandungi maklumat berhubung dakwaan rasuah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Read the rest of this entry »

POLIS NASIHAT ORANG RAMAI PEMBOHONGAN SINDIKET JUAL ORGAN

Posted on Updated on

Orang ramai diminta tidak terburu-buru mempercayai atau terpengaruh dengan penyebaran berita mengenai sindiket penjualan organ melalui SMS dan WhatsApp sejak akhir-akhir ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Mohd Sakri Ariffin berkata, pihaknya mendapati berita itu palsu dan penyebar bole didakwa. Read the rest of this entry »

Malaysia-Singapura Meterai MoU HSR

Posted on Updated on

NAJIB TUN RAZAK / LEE HSEIN LOONG

PUTRAJAYA – Malaysia dan Singapura hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, sekali gus menandakan komitmen kedua-dua negara untuk menjayakan projek ikonik itu.

MoU berkenaan ditandatangani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur Singapura, Khaw Boon Wan yang juga Menteri Pengangkutan negara itu, dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Read the rest of this entry »

Annuar Musa Yakin Umno Sabah Akan Bertambah Kuat

Posted on Updated on

img_1617

KOTA KINABALU – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa yakin UMNO Sabah akan bertambah kuat selepas mengharungi pelbagai cabaran semasa parti, termasuk yang terbaharu, tindakan beberapa pemimpin cawangan dan bahagian di Semporna mengisytiharkan keluar daripada UMNO. Read the rest of this entry »

Selena Gomez: PAS Cari Publisiti Murahan – DAP

Posted on Updated on

img_1497

Pemuda DAP menempelak Pemuda PAS kerana mengejar publisiti murahan ekoran bantahan penganjuran konsert Selena Gomez pada saat-saat akhir.

Konsert ‘Selena Gomez The Revival Tour’ itu dijadualkan berlangsung pada 25 Julai ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Setiausaha Eksekutif Pemuda DAP, Muhammad Shakir Ameer berkata, sayap pemuda parti Islam itu tidak perlu mencampuri dalam kehidupan peribadi rakyat Malaysia. Read the rest of this entry »

Penjenamaan Semula MELAYU BERSATU

Posted on Updated on

KN Logo1

Penjenamaan semula? Penjenamaan menurut Kamus Dewan Bahasa adalah pemberian jenama tertentu kepada sesuatu yang dihasilkan. Akan tetapi.. mengikut fahaman biasa , penjenamaan semula adalah memberi nama baru kepada nama media sosial yang sama atau nama baru kepada media sosial yang telah mengalami penambahbaikkan. Read the rest of this entry »