Bah Kuning,! Kelantan Bukan ‘Anak Tiri’ Kerajaan Pusat – Ramzi

2016-10-19-photo-00000079

KUALA KRAI – Banjir besar atau “bah kuning” pada Disember 2014 sehingga memusnahkan kehidupan penduduk di Kuala Krai dan beberapa tempat lain di Kelantan telah membuka mata banyak pihak.

Bencana alam itu juga disifatkan sebagai ‘inland tsunami’ kerana banyak kemusnahan hingga seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati dan berganding bahu menghulurkan bantuan.

Daripada lebih 2,000 buah rumah yang musnah di Kelantan, sebanyak 1,257 buah melibatkan kawasan Parlimen Kuala Krai Banjir itu juga memusnahkan tanaman dan ternakan selain harta benda yang lain.

Bencana yang menimpa rakyat Kelantan, cukup dirasai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku ketua kerajaan Pusat. Beliau turun ke Kuala Krai beberapa kali untuk melihat sendiri penderitaan rakyat.

Setelah hampir dua tahun bercana itu berlalu, kehidupan mereka yang terlibat kini hampir kembali pulih. Proses membaik pulih termasuk menyediakan rumah kepada mangsa banjr masih terus berjalan.

Setakat ini, menurut Ketua UMNO bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman, ramai di antara mangsa banjir yang kehilangan rumah telah mendiami rumah-rumah yang dibina oleh kerajaan Persekutuan dan juga negeri.

Beliau memberi contoh, sebanyak 434 buah rumah yang bernilai RM65,000 sebuah telah diserah kepada kepada mangsa banjir yang tinggal di atas tanah milik persendirian atau tanah yang bergeran.

Sementara mangsa banjir yang menumpang di tanah milik orang lain dan tanah simpanan kerajaan pula disediakan rumah kelompok yang bernilai RM antara 65,000 hingga 200,000 seunit.

Rumah rumah berkenaan dibina di atas tanah yang dibeli oleh kerajaan Persekutuan dan UMNO negeri selain disediakan oleh kerajaan negeri, kata Ramzi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong.

Beliau memberi contoh, sebanyak 31 buah rumah kelompok tiga bilik tidur untuk mangsa banjir di Kampung Kemubu, Mukim Kuala Stong, Dabong, bernilai RM200,000 mengikut harga pasaran semasa kerana ia dibina di atas tanah perindustrian.

Permuhaan berkelompok itu juga dibina di Peria dan Manjong. Menjelang awal tahun depan ini, rumah yang sedang dibina itu akan serahkan kepada pemiliknya.

Menurut Ramzi, kelewatan menyediakan rumah kepada mangsa banjir itu disebabkan pelbagai faktor termasuk tidak sesuai kerana kedudukannya agak jauh daripada kampung asal dan pelbagai masalah lain yang berbangkit.

Bagaimanapun Ramzi percaya sebahagian besar rakyat negeri termasuk perduduk yang terlibat dengan bencana banjir dapat menerima hakikat tetang bantuan yang tidak henti-henti oleh kerajaan Persekutuan itu.

Sebelum ini, Ketua Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu, kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM2.7 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek infastruktur untuk kepentingan rakyat negeri ini sejak 2015.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan bagi membina dan membaiki infrastruktur awam yang rosak teruk dan musnah akibat banjir besar tersebut, jelas Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Jawatankuasa Bertindak Kerajaan Persekutuan di Kelantan.

Peruntukan itu sebenarnya tidak termasuk dalam Bajet negara tetapi diberi bawah projek kontingensi dan mungkin tidak disedari oleh ramai pihak termasuk rakyat Kelantan.

Baki sebanyak RM1.6 bilion pula diperuntukkan untuk lima projek kerajaan negeri termasuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra yang menelan kos RM430 juta.

Peruntukkan itu juga digunakan untuk projek tebatan banjir di sepanjang 10 kilometer Sungai Kelantan yang menelan belanja RM550 juta, selain untuk melaksanakan projek kerajaan Persekutuan di negeri ini.

“Jika masih ada yang beranggapan kerajaan Persekutuan menganaktirikan penduduk negeri ini adalah tidak benar sama sekali,” kata Ramzi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong menjelaskan, bagi Parlimen Kuala Krai sahaja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah ‘jemu’ untuk meluluskan peruntukan bagi faedah rakyat kawasan ini.

“Kerajaan Pusat amat prihatin dengan Kuala Krai apatah lagi kawasan ini menerima musibah banjir yang cukup teruk,” kata Ramzi dalam satu wawancara dengan wartawan Klxpress Ahad lalu.

Projek lain telah dilaksanakan di Dabung ialah pembinaan jambatan di Kampung Biak – Kampung Kandek bernilai RM28 juta dan dirasmikan pada Februari lalu.

Jambatan itu yang amat dinantikan oleh penduduk selama 50 tahun. Sebelum ini pelajar terpaksa menggunakan sampan untuk ke sekolah sementara petani sukar untuk membawa keluar hasil pertanian mereka untuk dijual.

Pembinaan jambatan antara Pemberian – Kampung Manjung yang bernilai lebih RM30 juta telah diluluskan. Ia menggantikan jambatan sementara yang dibina semula oleh anggota tentera selepas bencana banjir lepas.

Selain jambatan projek lain untuk kemudahan rakyat juga tidak diabaikan termasuk jalan ke Kemubu berharga RM5 juta selain membaiki rel dan jambatan keretapi yang rosak.

Kuala Krai yang mempunyai empat DUN, – Dabong, Manek Urai, Guchil dan Mengkebang adalah kawasan yang paling luas di Kelantan.

PAS dan PKR menguasai Parlimen Kuala Krai, DUN Guchil, Manek Urai dan Mengkebang. Walaupun kalah di kawasan itu, kerajaan Barisan Nasional tetap menunaikan janjinya kepada rakyat.
— KLXpress

One thought on “Bah Kuning,! Kelantan Bukan ‘Anak Tiri’ Kerajaan Pusat – Ramzi”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.