ANDA MANGSA AH LONG?

Persatuan-Pengguna-Islam-MalaysiaAh long Musuh Masyarakat!

Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan PPIM telah berjaya menyelesaikan ratusan aduan Ah long (Ceti Haram) yang dilaporkan.

Terima kasih kepada pihak KDN, PDRM, KPKT, DBKL, rakan-rakan NGO dan pada pengguna yang turut memberi kerjasama kepada kami dalam membanteras kegiatan Ah long.

ah longWalau bagaimanapun, terdapat juga aduan yang tidak berjaya diselesaikan kerana kami tidak menerima kerjasama penuh daripada pengadu. Ada segelintir pengadu yang terus menerus meminjam dari Ah long atas ketagihan tertentu seperti judi dan dadah.

Untuk makluman semua, PPIM hanya akan membantu mereka yang kali pertama melaporkan aduan Ah long dengan pihak kami. Bagi pengadu yang mengulangi perbuatan meminjam dari Ah long, aduan mereka tidak akan dilayan kerana PPIM tidak mahu ada pihak yang merasakan kami menggalakkan pinjaman Ah long atau merasakan PPIM menyokong tindakan tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah dengan Ah long, laporkan aduan kepada kami, in shaa Allah kami akan berusaha sebaiknya untuk membantu.

ahlong3

Biro Aduan Ah long boleh dihubungi ditalian 017-8477357 atau boleh terus hadir ke Ibu Pejabat PPIM di 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur.

Hubungi 017-8477357 untuk menetapkan temu janji.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.