Hubungan Baik Malaysia – China, DAP Dan Mahathir Rasa Terancam

malaysia-china2

Hubungan akrab antara Putrajaya dan Beijing, bukanlah asatu perkara yang menjadi rahsia. Malaysia seperti sedia maklum, sejak dahulu lagi mengamalkan dasar bersahabat dan mengelakkan diri dari menyertai sebarang konflik. Dasar ini sebenarnya amat disenangi oleh dunia dan China sebagai salah sebuah kuasa besar dunia, dilihat sebagai rakan strategik negara dalam pelbagai sektor.

Namun begitu, bukan semua pihak dapaat menerima hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China. Bagi DAP, hubungan akrab ini sepatutnya tidak berlaku dan DAP dilihat cuba merosakkan kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan China.

Maka disinilah munculnya pelbagai dakwaan kononnya kunjungan Datuk Seri Mohd Najib ke China dilihat boleh mengancam kedaulatan negara. Disamping itu juga, DAP menuduh, kunjungan ini membolehkan Datuk Seri Mohd Najib menggadaikan tanah-tanah negara kepada China melalui perjanjian strategik yang ditandatangani sepanjang kunjungan 6 hari ini.

Tun Dr Mahathir misalnya, menganggap kunjungan ini cukup merbahaya kepada kedaulatan negara. Agak menghairankan, adakah dengan menandatangani perjanjian strategik perkongsian teknologi pembinaan ECRL mampu menjadikan negara tergadai kepada China?

Sepanjang beliau mentadbir negara, pelbagai perjanjian ditandatangani bukan sahaja dengan China, malah dengan Jepun, Korea, Rusia, Indonesia dan banyak lagi negara di dunia ini. Adakah dengan menadatangani perjanjian seumpama ini, Mahathir telah menjual maruah dan kedaulatan negara kepada negara-negara seperti ini?

malaysia-china

Adakah tergadai maruah negara apabila Mahathir bersetuju untuk membeli jet Sukhoi buatan Rusia satu ketika dahulu? Sudah adat sesebuah negara untuk menjadi rakan kongsi strategik perkongsian teknologi dan ekonomi dan dalam kes ini, Datuk Seri Mohd Najib melihat, China sebagai sebuah kuasa besar dunia, mampu menyediakan peluang perniagaan buat negara termasuk berkongsi pembinaan sistem tren yang efisyen.

Adakah ini juga satu kesalahan buat DAP yang dilihat cukup tidak senang dengan kerjasama yang terjalin antara Putrajaya dan Beijing. Sikap yang dipamerkan DAP ini bolehlah diibaratkan dengan Taiwan, sebuah kepulauan yang di tuntut oleh China.

Menurut sejarah, Taiwan merupakan tanah jajahan China sejak dahulu lagi sebelum mereka dipisahkan semasa Perang Dunia Kedua. Sejak itu, Taiwan cukup berdegil untuk tidak tunduk kepada Beijing sebaliknya bertindak melawan kehendak China.

Sikap keras kepala dan hanya dia sahaja yang betul ini telah diamalkan oleh DAP sejak sekian lama. Jika China sendiri tidak mengaku Taiwan adalah sebuah negara, begitu juga China sendiri tidak mengiktiraf DAP sebagai wakil negara dalam mana-mana forum antarabangsa. DAP benar-benar rasa terancam andai Datuk Seri Mohd Najib mampu menggembeling tenaga untuk membangunkan negara.

Disinilah timbul pelbagai fitnah yang mereka lemparkan terhadap kunjungan Perdana Menteri ke Beijing ini. Tujuannya hanya satu, untuk merosakkan hubungan baik ini dan sekaligus memberikan mereka peluang untuk menjahanamkan negara, sama seperti yang diamalkan oleh Taiwan.

Baik DAP mahupun Mahathir, ini bukan untuk menunjukkan kebebalan mereka. Kunjungan ini adalah untuk mecaari rakan strategik disamping mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan baru samada di China ataupun Malaysia. Ianya bukan untuk menjual maruah negara dengan beberapa perjanjian yang telah dan akan ditandatangani nanti.
— Pru14

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.